Tekad Bangunkan Pasir Puteh

imagePASIR PUTEH – Daerah Pasir Puteh yang merupakan pintu masuk negeri ini melalui negeri jiran Terengganu, sepatutnya berkembang maju dari dahulu lagi untuk mengurangkan jurang perbezaan dari aspek pembangunan.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Parlimen Pasir Puteh, Azmi Mohd Noor berkata, semua itu dapat direalisasikan sekiranya rakyat memberikan mandat kepada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Katanya, daerah ini sewajarnya sudah mempunyai terminal bas kerana sistem yang ada sekarang tidak teratur.

“Cubalah beri mandat kepada BN lebih-lebih lagi kerusi P28 Parlimen Pasir Puteh, untuk membolehkan daerah ini dibangunkan dan tidak ketinggalan jika dibandingkan daerah lain.

“Percayalah, anda akan dapat melihat perubahan besar di sini kerana apabila menang, pandailah kita mencorakkan pembangunannya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan peralatan sukan ping pong kepada penduduk Kampung Permatang Sungkai di sini, kelmarin.

Azmi berkata, tugas manusia amat berat sehingga makhluk lain tidak sanggup memikulnya.

“Kita kena fikir, ALLAH SWT beri manusia kehebatan berbanding haiwan ternakan, sudah tentu boleh membezakan yang mana baik dan buruk.

“Gunakan kebijaksanaan ini untuk memastikan BN menang, kita mampu sebenarnya dengan berpegang kuat kepada perjuangan murni ini,” katanya.

PRU13 katanya, merupakan waktu terbaik untuk BN mengambil alih pentadbiran negeri ini yang dikuasai Pas lebih 23 tahun. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: