Kickdefella Tarik Balik Sepina Ke Atas Nik Aziz?

Husam Kambing-2KUANTAN – Penulis laman blog, Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dijangka akan menarik balik sepina yang dibuat ke atas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk hadir dalam kes perbicaraan Husam menyaman Syed Azidi.

Menurut sumber dari Kem Kickdefella, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pertemuan dengan pihak terdekat dengan Nik Abdul Aziz dan juga keterangan bekas Pengurus Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Wan Rasdan.

“Ketika memberikan keterangan di mahkamah sebagai saksi Husam semalam, Wan Rasdan mengakui bahawa ada Exco kerajaan Pas Kelantan yang bercakap tidak betul dalam kes janji Nik Aziz kepada peniaga di Bazar Tok Guru.

“Ia telah memberi kesan besar ke atas saman Husam kerana Exco yang dimaksudkan ialah Husam sendiri,” katanya kepada Detikperubahan.com di sini hari ini.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 8 Mac ini untuk mendengar permohonan Nik Aziz dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob untuk mengenepikan sepina terhadap mereka.

Semalam Husam tidak hadir pada perbircaraan dengan mengemukakan sijil sakit selama dua hari. Ia dilihat sebagai taktik Husam untuk mengelak daripada perbicaraan itu diteruskan kerana sebelum beliau telah beberapa kali memohon supaya perbicaraan tersebut ditangguhkan.

Alasan yang diberikan oleh Husam ialah kerana beliau mahu melantik Gobindh Singh Deo untuk mengepalai barisan peguam plaintif.

Pada 19 September 2011,  Husam selaku plaintif memfailkan saman terhadap Syed Azidi yang dinamakan sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi RM5 juta ekoran penyiaran artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadap beliau.

Artikel tersebut bertajuk ‘Husam telah menipu rakyat dan sahabat’, ‘Sebelum kita lupa Normala Sudirman’ dan ‘Husam itu pembohong’ yang ketiga-tiganya disiarkan melalui blog defendan, kickdefella.wordpress.com antara Januari hingga Julai tahun lalu.

Tags: , , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Kickdefella Tarik Balik Sepina Ke Atas Nik Aziz?”

  1. umar
    March 6, 2013 at 8:11 pm #

    Bakpo xtulis azidi berhasrat slesai luarmahkamah dgn byran gantirugi 25k n mohon maaf dlm semua akhbar? Kalu azidi raso dia betul,bakpo buwi tawaran tu ko husam sblum ni?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: