Jakim Sambut Baik 8 Pengumuman Najib

imageKUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim)meyambut baik pengumuman khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pembangunan hal ehwal Islam di Malaysia pada Majlis Perhimpunan Perdana Ulama Umara-Asnaf yang berlangsung semalam.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata, pengumuman lapan perkara tersebut menjadi inspirasi dan motivasi kepada warga Jakim dan akan memberimanfaat kepada umat Islam di seluruh negara.

“Selain itu, ia turut membuktikan bahawa agenda Islam sentiasa menjadi keutamaan dalam pentadbiran negara selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 3 (1) bahawa Islam adalah agama persekutuan,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada majlis itu Najib mengumumkan lapan perkara dan tujuh daripadanya secara khusus menyentuh hal ehwal Islam di bawah pengurusan Jakim.

Antaranya Jakim diperkasakan sebagai urusetia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) dalam menyelaras pengurusan hal ehwal Islam negara dengan sokongan padu dari semua agensi agama di peringkat persekutuan.

Selain itu kerajaan juga akan menyemak cadangan untuk menaik taraf kedudukan guru Kafa dengan memberikan skim perjawatan tertentu dan menyediakan program serta latihan kemahiran pengajaran dan pembelajaran kepada mereka.

Kerajaan juga akan menghantar 800 imam dan pengerusi jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung menunaikan haji tahun ini melalui Yayasan 1MDB selain peruntukan RM5 juta kepada Badan Bukan Kerajaan Islam bagi melaksanakan
program masyarakat dan dakwah di negara ini.

Perdana Menteri juga mengumumkan akan menaik taraf Darul Quran Jakim kepada sebuah Kolej Universiti Al-Quran selain memperkasa institusi masjid dengan pendekatan teknologi maklumat komunikasi melalui bantuan peralatan kepada masjid-masjid terpilih seluruh negara.

Selain itu kerajaan bersetuju untuk menggunakan kaedah autopsi maya bagi menggantikan kaedah bedah siasat mayat sedia ada di hospital-hospital terpilih.

Menurut Othman, kesemua perkara yang diumukan itu membuktikan komitmen Perdana Menteri dan kerajaan untuk terus memberi pengiktirafan kepada agensi agama dalam usaha mempertingkatkan penghayatan dan syiar Islam di Malaysia.

“Ia juga membuktikan kerajaan sentiasa memberi sokongan padu terhadap golongan ulama dan agensi agama,” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: