Kereta Api Laju KL-Singapura: Beberapa Perkara Sedang Diteliti

mustapha-mohamedSINGAPURA – Beberapa perkara kini sedang diteliti untuk dimuktamadkan antara Kuala Lumpur dan Singapura sebelum pelaksanaan langkah berikutnya bagi merealisasikan projek kereta api laju antara kedua negara yang dijangka siap menjelang 2020.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kedua-dua pihak kini sangat mengambil berat dan menyokong antara satu sama lain bagi melihat projek itu berjaya.

“Projek ini sangat penting dan kedua-dua negara menyokong projek ini dengan kuat. Ini kerja bersama dan dalam hal tertentu kita perlu muktamadkan,” katanya kepada pemberita Malaysia di sini sebelum mengakhiri lawatan kerjanya malam tadi.

Bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong mengumumkan projek itu selepas mengadakan pertemuan empat mata dan perbincangan dua hala sempena sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura di sini.

Kedua-dua pemimpin bersetuju usaha itu adalah perkembangan strategik kepada hubungan dua hala yang seterusnya akan meningkatkan kesalinghubungan antara Malaysia dan Singapura.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha kemudiannya dilaporkan berkata, pembinaan landasan lebih 400 kilometer itu akan membolehkan waktu perjalanan antara kedua-dua bandar raya dipendekkan kepada hanya 90 minit.

Berdasarkan kajian awal, Kong berkata, lima stesen kereta api baru akan dibina iaitu di Seremban (Negeri Sembilan); Ayer Keroh (Melaka); dan Muar, Batu Pahat serta Iskandar Johor (Johor) menuju ke Singapura.

Mustapa berada di sini bagi liputan misi pelaburan dan pelancongan Kelantan semalam.

Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan meja bulat dengan lebih 300 pelabur Singapura sebelum merasmikan program promosi “Let’s Go To Kelantan, Malaysia by Firefly” yang dihadiri 700 pemain industri pelancongan di negara ini. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: