Manifesto Pakatan Tipu Rakyat, Kata Muhyiddin

muda8PASIR GUDANG – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan manifesto pilihan raya pakatan pembangkang sebagai penipuan terhadap rakyat di negara ini.

Beliau berkata segala yang dijanjikan parti pembangkang akan menyebabkan negara ini mengalami defisit lapan peratus.

“Kita sudah selesai kaji manifesto pihak pembangkang. Kita cuba mengekalkan defisit pada kadar empat peratus sahaja. Kalau pembangkang, defisit itu akan mencecah sampai lapan peratus,” katanya.

Defisit itu, katanya, akan menyebabkan negara mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga pelabur luar hilang kepercayaan terhadap negara ini dan kemudiannya Bank Dunia akan melabelkan Malaysia sebagai negara yang bankrap.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia, Gelombang Biru Peringkat Negeri Johor di Stadium Tertutup Pasir Gudang di sini, semalam.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kerajaan memperuntukkan RM42 bilion setahun untuk memberi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan pelajar dan jika PTPTN dihapuskan maka ia akan menyebabkan ramai yang tidak dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang tinggi.

Justeru, untuk mencapai kemenangan cemerlang pada pilihan raya umum ke-13, beliau menyeru semua anggota BN supaya memperkukuh kerjasama di semua peringkat, membuang segala masalah antara mereka, menerima siapa sahaja calon yang diputuskan kepimpinan BN, setia kepada parti dan memastikan semangat juang yang sentiasa tinggi.

Turut hadir pada majlis itu ialah anggota parlimen Pasir Gudang Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan presiden-presiden parti komponen BN Semenanjung Malaysia. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: