Orang Asli Hargai BR1M

imagesGUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli di Kelantan menghargai sumbangan kerajaan, terutama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM1.066 juta yang dianggap terbesar bagi meningkatkan taraf hidup mereka di luar bandar.

Justeru, rata-rata golongan itu menyuarakan kebimbangan jika pembangkang memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kerana kemungkinan besar tidak lagi menikmati bantuan tersebut.

Mereka menerima bantuan BR1M 2 menerusi Program Kembara Rayat Galas 2 yang diketuai Adun Galas, Ab Aziz Yusof selama dua hari berakhir kelmarin.

Antara kampung Orang Asli yang dijelajahi sepanjang kembara berkenaan ialah Pos Bihai, Pos Balar, Pos Hau, Pos Brooke, Kampung Dakoh, Kampung Redip dan Kampung Cemor.

Penduduk Orang Asli di Pos Belatim, Angah Sulong, 54, berkata, bantuan BR1M itu dapat meringankan beban perbelanjaan keluarga, berikutan pendapatan hasil hutan terjejas teruk akibat pembalakan yang semakin berleluasa.

Malah, dia bimbang, jika pembangkang memerintah negara kemungkinan kehidupan Orang Asli akan terus dibebani dengan masalah pendapatan, kerana tanah pertanian banyak diusahakan syarikat asing.

Dia berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku kerana sejak kebelakangan ini tanah di kebanyakan perkampungan Orang Asli semakin sempit selepas diambil balik kerajaan Pas Kelantan.

“Kita sedar apa yang berlaku ke atas golongan itu dan kita amat berbangga dengan keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar BR1M kepada RM1,000 tahun depan,” katanya.

Anjang Akoh, 48, pula mengakui Orang Asli tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri, walaupun pernah dijanjikan untuk dividen ladang rakyat sebelum ini.

Dia berkata, dividen itu hanya diberikan kepada orang tertentu sahaja, sedangkan kebanyakan tanah yang dibangunkan ladang rakyat membabitkan kawasan berhampiran penempatan Orang Asli.

“BR1M yang diagihkan untuk kali kedua itu adalah janji pemimpin untuk berbuat demikian, dan kita merasai kesenangan daripada bantuan berkenaan,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: