Sempadan Malaysia-Thailand Terkawal

imageTUMPAT – Keadaan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand terkawal dan tiada sebarang ancaman daripada kumpulan pemisah yang berpangkalan di Selatan Thailand cuba bolos ke negara ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya kini sedang mengumpulkan maklumat terperinci mengenai pergerakan kumpulan terbabit.

“Ketua polis daerah di Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas dan Tumpat turut menjalinkan hubungan baik dengan ketua polis daerah Sungai Golok dan Narathiwat di Thailand mendapatkan maklumat-maklumat keselamatan semasa di negara tersebut.

“Kita sentiasa meningkatkan kerjasama dengan polis Marin Diraja Thailand yang turut mengadakan rondaan bersama di sempadan Sungai Golok,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan rondaan di sempadan di jeti Polis Marin Pengkalan Kubor di sini bersama media yang menaiki bot Polis Marin ke Kampung Simpangan sebelum dibawa menaiki van ke Mundok di Rantau Panjang, Pasir Mas bagi melihat sendiri kawalan keselamatan di kawasan sempadan.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan beberapa kumpulan baru pemisah dibentuk kerana menolak keputusan pergerakan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang mengadakan perundingan bagi menamatkan kempen senjata.

Pada 14 Februari lepas, 17 pemberontak daripada Barisan Revolusi Nasional (BRN) maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Thailand, apabila mereka masuk ke dalam perangkap tentera semasa melancarkan serangan hendap ke atas sebuah kem tentera laut di Narathiwat, selatan Thailand.

Kira-kira 50 pemberontak lengkap bersenjata dan berpakaian seragam tentera serta jaket kalis peluru daripada kumpulan BRN menyerbu kem kecil tentera yang mempunyai 50 pegawai dan anggota pada jam 1 pagi.

Jalaluddin menasihatkan penduduk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa jika ada pencerobohan berlaku.

“Kita ada dua batalion rejimen sempadan yang di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.  Kawasan ini adalah terkawal dan penduduk boleh beri maklumat kepada pihak berkuasa jika ada pencerobohan berlaku  di  kawasan “Ops Wawasan”  di bawah tanggungjawab Rejimen Sempadan Kem Batu 11 yang berpangkalan di Tanah Merah,” katanya.

Menurutnya, walaupun pihaknya serah tugas kawalan sempadan kepada Angkatan Tentera Malaysia tiga bulan lalu, namun masih meneruskan rondaan melalui anggota Polis Marin yang berpangkalan di Pengkalan Kubor, di sini. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: