Tuntut Wujud Majlis Daerah

imageRANTAU PANJANG – Penduduk dan lebih tujuh badan bukan kerajaan (NGO) di Rantau Panjang mendesak supaya pentadbiran Rantau Panjang diasingkan daripada Majlis Daerah Pasir Mas dengan mewujudkan Majlis Daerah Rantau Panjang.

Mereka keluar beramai-ramai dan berkumpul secara aman serta menurunkan tandatangan di kain rentang di hadapan Pasar Besar Rantau Panjang untuk menyatakan sokongan terhadap cadangan menubuhkan pusat pentadbiran baru di Rantau Panjang.

NGO terlibat ialah Pertubuhan Pembangunan Penduduk Rantau Panjang (PPPRP), Persatuan Pemandu Kereta Sewa Rantau Panjang, Persatuan peniaga dan Penjaja Rantau Panjang, Persatuan Bekas Tentera Cawangan Rantau Panjang, Persatuan Veteran Tidak Berpencen Rantau Panjang, Persatuan Muara Rantau Panjang dan Perkasa Rantau panjang, serta kumpulan sukarelawan pemimpin masyarakat tempatan.

Bagi penduduk, pembangunan dan pertambahan penduduk menyebabkan Rantau Panjang sudah tidak relevan untuk terus berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Pasir Mas kerana daerah ini luas serta mempunyai kepadatan penduduk tinggi.

Pengerusi PPPRP, Mat Bastaman Hamat berkata, jumlah penduduk di Rantau Panjang kini melebihi 200,000 orang dilihat agak ramai apabila ditambah dengan jumlah penduduk di Pasir Mas.

Menurutnya, jumlah penduduk yang agak ramai ini pasti akan membebankan pentadbiran Majlis Daerah Pasir Mas.

“Saya melihat penubuhan  Majlis Daerah Rantau Panjang akan membantu meningkatkan pembangunan Rantau Panjang. Jumlah yang ramai juga menyebabkan penduduk perlukan kemudahan sekitar Rantau Panjang bagi memastikan kualiti hidup masyarakat lebih terjamin,” katanya selepas majlis tandatangan beramai-ramai terhadap sokongan mewujudkan Majlis Daerah Rantau Panjang di hadapan Pasar Besar Rantau Panjang, semalam.

Mat Bastaman berkata, ketika terdapat kemudahan Balai Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Pusat Kesihatan Rantau Panjang dan beberapa jabatan lain yang pastinya akan membolehkan kawasan ini berada di bawah pentadbiran sendiri.

Menurutnya, Rantau Panjang merupakan kawasan yang terletak di sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand, justeru amat sesuai diletakkan di bawah pentadbiran daerahnya sendiri.

“Adalah wajar Rantau Panjang berada di bawah daerahnya sendiri seperti pekan Golok yang agak membangun di sempadan negara Thailand.

Dengan adanya Majlis Daerah Rantau Panjang, saya yakin akan dapat merangsang ekonomi di kawasan ini,” kata Mat Bastaman.

Katanya, sekiranya Majlis Daerah Rantau Panjang diwujudkan, masalah berbangkit seperti  sistem perparitan, bencana banjir, taman rekreasi, sampah dan sebagainya yang seolah-olah tidak dapat perhatian Majlis Daerah Pasir Mas akan dapat diselenggara.

Menurutnya, memorandum berkaitan diserahkan kepada  Ketua Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed minggu lalu dan akan turut menyerahkan permohonan kepada Kerajaan Negeri dalam masa terdekat. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: