Warga Sahabat 17 Diberi Cuti Tambahan

imagePUTRAJAYA – Peneroka dan pekerja ladang di Felda Sahabat 17, Sabah, terus diberikan cuti tambahan demi keselamatan diri dan keluarga, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, cuti tersebut diberikan kerana kawasan tersebut, iaitu Kampung Tandou, telah diduduki kumpulan penceroboh bersenjata.

Menurutnya, walaupun pencerobohan berlaku tidak jauh daripada kawasan Felda Sahabat, warga Felda di sana masih selamat dan tidak berlaku perkara tidak diingini.

“Hari ini (semalam), 1,000 pekerja ladang telah diberikan cuti. Tempoh cuti belum ditentukan sampai bila kerana keselamatan mereka lebih penting. Tetapi, operasi kilang perlu dijalankan seperti biasa,” katanya, semalam.

Ahmad berkata, pihak berkuasa akan membantu mengawal ketika kilang tersebut beroperasi.

“Menerusi laporan yang diterima, tiada berlaku perkara yang tidak diingini.

“Penduduk sekitar juga sudah dimaklumkan supaya lebih berhati-hati, terutamanya Sahabat Tiga, Empat dan Lima,” katanya.

Katanya, kerajaan akan memastikan kawalan keselamatan akan dipertingkatkan, apatah lagi jarak penceroboh hanya 500 meter dari penempatan penduduk kawasan.

“Setakat ini, kawalan keselamatan adalah di tahap terbaik dengan bantuan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Bantuan Felda,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: