Nama Kelantan di Singapura

imageSINGAPURA – Tugas berat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri tidak menghalang Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk terus memaju dan mempromosikan Kelantan di mata dunia.

Melalui misi pelaburan dan pelancongan di Singapura kelmarin, Mustapa menggunakan kesempatan terbaik program itu untuk memperkenalkan Kelantan kepada rakyat Singapura.

Beliau berkata, misi  khas untuk Kelantan kali ini mendapat kerjasama penuh dari agensi berkaitan termasuk Tourism Malaysia, Lembaga Kemajuan

Industri Malaysia (Mida) dan syarikat penerbangan Firefly yang menyediakan empat kali penerbangan Kelantan ke Singapura.

“Sepanjang empat tahun jadi menteri perdagangan, ini merupakan rombongan yang paling besar dari Kelantan saya bawa ke Singapura termasuk 15 usahawan.

Mereka (rakyat Singapura) cukup gembira dengan saya dapati ia memberi kesan kepada promosi pelancongan Kelantan.

“Saya harap dengan usaha ini pelancong Singapura Ke Kelantan akan meningkat sekali gus memberi manfaat kepada rakyatnya,” katanya.

Majlis yang diadakan di Raffles City Convention Center kelmarin, dihadiri  Duta Malaysia ke Singapura, Datuk Md Hussin Nayan, Penasihat Khas
Menteri Pelancongan, Sulaiman Ismail serta Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf (KMK) Datuk Hussamuddin Yaacub.

Melalui  kempen ‘Lets Go Kelantan’ penganjur turut membawa tukang masak dari Kelantan bagi penyediaan makanan  seperti nasi dagang dan nasi kerabu  selain persembahan kebudayaan negeri Cik Siti Wan Kembang.

Mustapa berkata, penerbangan FireFly ke Singapura itu juga akan menunjukkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu  sudah bertaraf antarabangsa dan mengharapkan destinasinya ke luar negara bertambah di masa hadapan.

Dalam pada itu, Md Hussin berkata, Kelantan mempunyai potensi besar untuk menarik lebih ramai pelawat Singapura mengunjungi negeri itu dengan memanfaatkan sumber alam yang nyata dapat memikat rakyat Singapura.

Beliau berkata ini, kerana rakyat Singapura gemar melancong ke tempat yang kaya dengan khazanah alam, khususnya yang masih belum tercemar.

“Di Malaysia seperti Kelantan ada sumber alam yang masih belum diterokai dan ini boleh menarik minat rakyat negara ini ke sana. Kita (Malaysia) perlu merancang dengan teliti bagaimana mahu menarik minat mereka untuk menjadikan Kelantan sebagai lokasi percutian yang menarik.

“Rakyat Singapura sudah jemu untuk melihat ‘hutan batu’ dan memerlukan suatu tempat yang sesuai untuk mereka bersantai dan melepaskan tekanan, katanya.

Dalam pada itu, Hussamuddin dalam ucapannya di majlis bersama usahawan Kelantan berkata, Kumpulan Media Karangkraf (KMK)  memberi sokongan penuh kepada kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam mempromosikan Kelantan kepada pelancong luar negara.

Menurutnya, rakyat Singapura sebelum ini hanya menumpukan perhatian di negeri Selatan tanah air untuk melancong dan berbelanja sedangkan Kelantan merupakan sebuah negeri  yang memiliki lokasi  dan suasana yang menarik untuk dikunjungi.

“Bagi KMK kita menyokong sepenuhnya selagi mana ia memberi kebaikan kepada rakyat. Karangkraf yang memiliki pelbagai produk penerbitan juga sedia memperkembangkan perniagaannya termasuk di Singapura,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: