Penawar Sumbang RM10,000 Kepada Muhammad Azim

imagesKOTA BAHARU – Persatuan Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Kelantan (Penawar) hari ini menghulurkan sumbangan RM10,000 bagi meringankan bebanan Muhammad Azim Nor Hazri, 5, yang menghidap kanser mata.

Ibunya, Nik Zuraidah Nik Yali, 39, menyatakan rasa syukur atas bantuan yang diberikan oleh pelbagai pihak selepas anak bongsunya itu disahkan menghidap retinoblastoma atau sejenis kanser mata kanak-kanak pada 2011.

“Saya sekeluarga mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi membantu menghulurkan sumbangan,” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan tersebut daripada Yang Dipertua Penawar Datin Seri Khamarzan Ahmed Meah di
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini hari ini.

Nik Zuraidah yang berasal dari Kampung Keroh, Kuala Krai terpaksa bergilir-gilir dengan suaminya, Nor Hazri Ahmad, 40, menjaga Muhammad Azim di HUSM yang kini menderita kanser tahap keempat.- Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: