Tanah Dibeli Tak Dapat Hak Milik

imageKAMPUNG MERKANG – Bekas penjawat awam kesal, apabila tanah seluas 8.28 hektar yang dibeli di Kampung Tok Lebai di Mukim Kuala Stong, Kuala Krai 17 tahun lalu tidak dapat dipindah hak milik.

Zakaria Mohd Nor, 41, berkata, dia lega apabila menerima surat daripada pejabat tanah dan jajahan pada 2007 yang mengatakan proses pemindahan hak milik sedang diproses.

Ketika itu katanya, dia gembira apabila dijemput ke pejabat bagi melicinkan urusan pemindahan hak milik ketika itu yang dilihatnya sebagai petanda baik.

Pada 2008 katanya, dia mengusahakan projek penanaman nangka madu secara berkelompok, selepas mendapat bantuan penuh kerajaan berjumlah RM200,000.

“Pada 2009, saya dimaklumkan tanah itu tidak dapat diproses kerana kawasan itu termasuk dalam kawasan ladang Maik dan diminta hadir ke pejabat tanah dan jajahan bagi mengambil balik deposit.

“Agak menyedihkan kerana hanya itulah aset keluarga saya, tiba-tiba tanah yang saya beli pada harga RM9,000 itu tidak menjadi hak milik,” katanya yang membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di Ibu Pejabat Polis Pasir Puteh pada 18 Februari lalu.

Zakaria berkata, dia hairan kerana tiada sebarang notis dikeluarkan dan dia tidak dijanjikan pampasan seperti yang diperuntukkan dalam Akta Tanah Negara.

Katanya, surat rayuan kemudiannya dihantar kepada beberapa pihak termasuk Pejabat Menteri Besar Kelantan dan Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai.

“Saya membuat pinjaman peribadi bagi menyediakan tapak projek penanaman di tanah itu sebelum mendapat bantuan kerajaan, ayah saya berulang-alik dengan menunggang motosikal dari Pasir Puteh ke sana untuk tujuan tersebut kerana keluarga kami miskin.

“Itulah bekalan kami untuk masa depan dan ketika ini terlalu sukar bagi saya mendapat gantian kerana harga tanah semakin tinggi,” katanya.

Zakaria tidak mahu usaha sejak bertahun-tahun itu sia-sia, dan berharap perkara itu mendapat perhatian segera daripada pihak berkenaan. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: