Bekalan Keperluan Asas Di Lahad Datu, Semporna Cukup

imageKUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bekalan keperluan asas di Lahad Datu, Semporna dan Kunak di Sabah, mencukupi.

Beliau berkata kementerian itu sentiasa memantau bekalan bahan keperluan seperti gula, beras, gandum, minyak masak, petrol dan diesel serta bersedia menambah jika berlaku kekurangan.

“Setakat hari ini, mengikut laporan yang kita terima bekalan masih mencukupi. Kita pantau setiap masa kerana tak mahu terlalu banyak khabar angin menyebabkan orang ramai membuat pembelian panik,” katanya ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 yang disiar secara langsung, pagi ini.

Tiga daerah itu adalah kawasan yang terjejas insiden serangan penceroboh bersenjata ke atas pasukan keselamatan negara sejak Jumaat lepas.

Kawasan berkenaan juga termasuk dalam Kawasan Keselamatan Khas yang diisytihar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Semalam, Ismail Sabri dilapor berkata kabinet memutuskan untuk menambah bekalan makanan, minyak petrol dan diesel bagi menampung keperluan di Lahad Datu dan Semporna.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri turut menjelaskan setakat ini tiada laporan kenaikan harga barangan di Sabah dan menasihatkan orang ramai agar tidak membuat pembelian panik.

“Pembelian panik akan menyebabkan bekalan berkurang dan kita takut peniaga ambil kesempatan untuk naikkan harga,” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: