Kerajaan Persekutuan Tunai Janji Rumah Mampu Milik

AMIRUL HAFIZ  :

DCRK 22 (24)KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan merasmikan upacara pecah tanah projek rumah mampu milik bagi rakyat negeri ini pada 20 Mac ini.

Setiausaha Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, projek tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini setelah tapaknya sudahpun dikenal pasti.

“Proses mengenai pembinaan projek tersebut kini hampir selesai, InsyaAllah jika tiada masalah Perdana Menteri akan merasmikan upacara pecah tanah semasa lawatannya pada 20 haribulan ini (Mac),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) negeri Kelantan Bersama Pemimpin di sini hari ini.

Katanya, projek tersebut merupakan satu daripada tujuh janji mega yang diumumkan Perdana Menteri untuk rakyat Kelantan baru-baru ini.

Najib semasa melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu pada 20 Jan lalu, mengumumkan tujuh projek besar untuk memajukan Kelantan.

Antara janji itu adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, membina masjid terbesar yang bakal menjadi ikon di negeri ini, stadium baharu, 3,000 unit perumahan rakyat dan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu.

Menurut Mohamad Fatmi, untuk permulaan 1,000 unit rumah tersebut akan dibina di kampung Wakaf Mek Zainab dekat sini melibatkan kawasan seluas lebih dua hektar.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan sememangnya sentiasa berusaha untuk membangunkan negeri ini termasuk rumah mampu milik namun berhadapan kesukaran memandangkan hal ehwal tanah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri sepenuhnya.

“Walau bagaimanapun dengan inisiatif serta alternatifnya yang tersendiri Kerajaan Persekutuan telah bersetuju kaedah untuk membeli tanah dan kita boleh laksanakan projek ini dalam masa yang terdekat,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: