‘Lucut Kerakyatan Tian Chua’

imageAMPANG – Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) mahu kerakyatan Naib Presiden PKR, Tian Chua dilucutkan sekiranya beliau enggan menarik balik kenyataannya yang dianggap biadab.

Yang Dipertua PSSGM, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkuasa perlu meneliti dengan serius perkara tersebut kerana kenyataan Tian Chua boleh dianggap sebagai ancaman serta hasutan.

Menurutnya, Tian Chua bukan seorang rakyat yang patriotik kerana sanggup membuat fitnah dalam soal keselamatan negara demi politik.

“Sekiranya masih berdegil, kewarganegaraan Tian Chua perlu ditarik balik kerana beliau tidak layak menjadi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Doa Selamat, Solat Hajat dan Tahlil untuk wira-wira negara yang mempertahankan kedaulatan negara di Sabah.

Kira-kira 200 ahli PSSGM, pemimpin setempat dan penduduk turut serta dalam majlis itu yang diadakan di tapak Rumah Gayong, Kampung Pandan, kelmarin.

Adiwijaya berkata, Tian Chua perlu sedar tindakan mempolitikkan kematian perwira negara dengan mengatakan pergolakan di Sabah merupakan sandiwara Umno adalah biadab dan tidak menghormati keluarga mangsa.

“Beliau tidak layak diiktiraf sebagai warganegara kerana tidak mempunyai tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Adiwijaya turut mengutuk pertemuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari seperti disiarkan laman sosial dan media.

Katanya, pihak berkuasa perlu bertindak segera sekiranya pertemuan itu ada muslihat tertentu. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: