Nelayan Vietnam Makin Berani

imagePASIR PUTEH – Nelayan warga Vietnam yang menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan bertindak berani dengan memasuki jarak 12 batu nautika daripada pantai di Kelantan.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memandang serius perkara tersebut kerana ia bukan sahaja mengancam keselamatan malah dalam masa sama menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Kelantan, Kapten Maritim Wan Burhanuddin Jusoh berkata, dua bot nelayan Vietnam yang ditahan menerusi Ops Perkasa Timur Khas kelmarin dikesan menangkap ikan pada jarak 18 baru nautika dari Kuala Tok Bali atau kira-kira 11 baru nautika daripada Pantai Kemasin, Bachok.

“Mereka menggunakan pukat ‘tunda ganding’ yang diharamkan penggunaannya di negara kita kerana ia bukan sahaja merosakan karang yang merupakan kawasan pembiakan ikan malah merosakkan bubur nelayan tempatan dan memerangkap ikan kecil dan gamat.

“Mereka cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mewarnakan bot menyerupai bot tempatan dengan ‘rumah’ berwarna merah dan berjalur putih.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka membawa 1,700 kilogram sotong kering, 1,000 kilogram ikan campur dan 5,500 kilogram ikan baja,” katanya.

Katanya, aktiviti dua bot nelayan Vietnam itu dikesan aset baharu APMM, bot Panggalang 18 yang kelajuan 60 knot diketuai Pegawai Waran II Mohd Fuzi Ismail dan berjaya menahan walaupun dalam keadaan laut bergelora.

Wan Burhanuddin berkata, seramai dua tekong dan 17 awak-awak berusia dari 15 hingga 45 tahun ditahan dan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1958.

Panggalang 18 katanya, sepatutnya menyertai rondaan bersama APMM dan Polis Marin Diraja Thailand di perairan sempadan kelmarin tapi terpaksa memberi tumpuan kepada kes pencerobohan tersebut.

“Kita mendapat maklumat daripada nelayan tempatan yang melaporkan kegiatan nelayan Vietnam sejurus keluar daripada Jeti Operasi Maritim Malaysia Tok Bali.

“Saya memuji kecekapan dan keberanian anggota kita dan saya juga berterima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat mengenai pencerobohan tersebut,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: