Fokus Pasir Puteh: Nelayan Asing Makin Rakus

imagePASIR PUTEH – Nelayan asing dari Thailand dan Vietnam bukan sahaja melakukan kesalahan menceroboh perairan negara, malah menangkap ikan dengan peralatan yang dilarang penggunaannya di negara ini.

Pukat tunda ganding yang sering digunakan mereka merosakkan karang yang merupakan kawasan pembiakan ikan, merosakkan bubu nelayan tempatan dan turut memerangkap ikan-ikan kecil.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memandang serius perkara itu, kerana ia bukan sahaja mengancam keselamatan malah dalam masa sama menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Kelantan, Kapten Maritim Wan Burhanuddin Jusoh berkata, laut negara kaya dengan hasil kerana kerajaan mengawal penggunaan peralatan dan berusaha membiak ikan dengan pelbagai kaedah.

“Kami memahami keluhan nelayan tempatan, lalu membentuk kerjasama baik bersama mereka bagi membendung kes berkenaan.

Katanya, aset terbaru bot Panggalang 18 berkelajuan 16 knot dengan kekuatan enam anggota diketuai Pegawai Waran II Mohd Fuzi Ismail banyak membantu operasi.

Panggalang 18 yang mula beroperasi Disember lalu setakat ini berjaya menahan empat bot nelayan asing dan merupakan aset paling awal tiba di lokasi.

Pos Hadapan di Tawang

Wan Burhanuddin berkata, APMM akan membina Pos Hadapan di Tawang, Bachok dalam masa terdekat kerana lokasinya agak strategik iaitu terletak di tengah-tengah antara Pulau Perhentian dan sempadan Malaysia-Thailand.

Katanya, pos itu penting bagi mengawal 120 bot tempatan dan menangani pelbagai kes termasuk penyeludupan diesel.

“Kita juga akan membina Pusat Tahanan Vesel (PTV) di sana, bagi mengatasi masalah kesesakan bot tahanan di PTV Tok Bali,” katanya.

Lokap tahanan sementara

Wan Burhanuddin berkata, kesukaran menempatkan nelayan asing atau orang kena tahan (OKT) yang ditahan terutama pada luar masa pejabat, waktu malam, hujung minggu atau cuti panjang menyebabkan APMM memikirkan kaedah lebih baik.

Justeru katanya, lokap tahanan sementara dibina di PTV Tok Bali yang boleh menempatkan 30 OKT dalam satu masa.

“Inilah masalah yang selalu dihadapi kerana tangkapan dibuat tidak mengira masa, kami memutuskan untuk membina kandang besi ala Steel Cage dalam perlawanan gusti,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: