Longkang Terdedah Tanpa Penutup Lebih Dua Bulan

imagePASIR MAS – Penduduk dan peniaga di Pasir Mas terdedah bahaya apabila penutup longkang tidak ditutup sudah lebih dua bulan lalu.

Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Pok Nik berkata, penutup longkang itu tidak ditutup selepas kerja membersih dilakukan oleh pihak berkenaan.

Menurutnya, peniaga tidak mampu untuk mengalihkan penutup konkrit berkenaan, kerana ia terlalu berat.

“Mereka melakukan kerja separuh jalan, seolah-olah mengharapkan penduduk dan peniaga menyiapkan tugas yang dilakukan.

“Ini mengundang bahaya kepada penduduk yang menggunakan laluan pejalan kaki di sini,” katanya, semalam.

Sementara itu, peniaga, Rahim Abdullah, 54, berkata, kebanyakan peniaga tidak menyedari penutup longkang itu dialihkan ketika kerja membersih dijalankan.

Menurutnya, peniaga hanya menyedari ia tidak ditutup selepas penduduk membuat rungutan, kerana ia membahayakan orang awam.

“Saya terpaksa meletakkan papan tanda dan kayu sementara bagi mengelakkan penduduk dari terjatuh,” katanya, semalam. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: