Mahathir: Suasana 2013 Memihak BN

dr-mahathir-mohamad5MARANG – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau yakin suasana politik sekarang adalah lebih baik bagi Barisan Nasional (BN) berbanding semasa pilihan raya umum pada 2008.

Katanya, pelbagai pendekatan baharu yang dijalankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin diterima rakyat.

“Saya berpendapat Datuk Seri Najib ambil alih (jawatan Perdana Menteri), iklim bertukar dan beransur-ansur memihak semula kepada BN, kepada Umno khususnya.

“Ini kerana saya sedar tahun 2008 ramai juga orang Umno yang mengundi parti lawan kerana kecewa. Jadi tiada sebab lain mereka kecewa dan banyak usaha sedang dilakukan (Datuk Seri) Najib untuk memulih semula sokongan (kepada) Umno dan BN. Saya yakin keadaan lebih baik berbanding PRU 2008,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas program Amanat Negarawan Kepada Rakyat Marang yang dihadiri kira-kira 2,000 orang di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said serta barisan Exco kerajaan negeri.  – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: