Mahkamah Batal Sapina, Nik Aziz Dan Timbalan Tak Perlu Beri Keterangan

imageKUANTAN – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan  timbalannya, Datuk  Ahmad Yakob tidak perlu hadir memberikan keterangan sebagai saksi perbicaraan kes saman fitnah yang dikemukakan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa  terhadap penulis blog, Kickdefella yang ditetapkan pada 2 dan 3  Mei depan.

Mahkamah Tinggi Kuantan semalam membenarkan permohonan dua pemimpin itu  untuk membatalkan sapina yang diserahkan Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz selaku  defendan kes saman tersebut.

Keputusan dibuat Hakim Datuk Seri Mariana Yahya manakala permohonan dikemukakan  peguam, Wan Jawahir Harun yang mewakili kedua-dua pemimpin itu.

Sebelum ini, Husam memfailkan tuntutan saman RM5 juta terhadap Kickdefella berikutan penyiaran artikel yang didakwa berunsurkan fitnah terhadap beliau.

Perbicaraan kes terbabit terpaksa diteruskan selepas  kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan  kes itu di luar mahkamah.

Pada 19 Disember tahun lalu, Peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Kickdefella  memaklumkan perbicaraan kes itu terpaksa diteruskan selepas kedua-dua pihak gagal mencari jalan penyelesaian di luar mahkamah.

Menurutnya, untuk perbicaraan seterusnya yang ditetapkan pada 28 Februari hingga 8 Mac 2013, pihaknya akan mengemukakan lima  saksi dan menyerahkan sapina untuk memanggil Nik Abdul Aziz, Ahmad Yakob, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Kelantan,  Datuk Takiyuddin Hassan dan peguam, Nordin Noor. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: