Minta Bina Lebih Banyak Pintu Air

imageTUMPAT – Bimbang kejadian banjir berulang memusnahkan tanaman padi, petani di Mukim Bendang Pak Yong merayu agensi berkaitan membina banyak lagi pintu air bagi mengawal pergerakan air sekiranya berlaku hujan lebat.

Banjir gelombang ketiga 24 Februari lalu menyebabkan petani di Mukim Bendang pak Yong, terpaksa menanggung kerugian hampir RM500,000 apabila 210 hektar padi musnah, ditenggelaminya banjir.

Hujan lebat selama tiga hari itu juga menyebabkan penduduk di sini terpaksa berpindah walaupun banjir kali ini tidak seteruk gelombang pertama dan kedua sebelum ini.
Petani terpaksa tanggung kerugian

Petani, Harun Omar, 51, berkata, dia mengalami kerugian RM40,000 apabila 16 hektar sawah padinya ditenggelami banjir dan memusnahkan padinya berusia hampir dua bulan itu.

“Banjir yang berlaku memusnahkan semua tanaman padi dan kami di sini tidak mampu berbuat apa-apa.

“Semua berputih mata, apabila padi tenggelam dan sekarang ini terpaksa memikirkan bagaimana untuk mencari modal memulakan semula tanaman padi sedangkan hasil tuaian kali ini musnah,” katanya.

Bagi Che Noh Husien, 71, berkata, akibat banjir berkenaan, besar kemungkinan petani di sini hanya dapat menanam padi untuk satu musim sahaja memandangkan tanaman musim pertama musnah dalam kejadian itu.

“Rasanya tidak sempat untuk menanam padi dua kali setahun kerana banjir pada Januari lalu lambat surut dan gelombang ketiga berlaku Februari lalu.

“Lagipun, hujung tahun ini banjir akan melanda lagi dan pelbagai kemungkinan akan berlaku sama ada padi kami sempat dituai atau pun ditenggelami banjir jika meneruskan tanaman padi untuk musim kedua,” katanya.

Azmi Mat Nor, 43, berkata, masalah air banjir lambat surut menyebabkan petani masih tidak dapat menanam semula padi mereka.

“Entah bila kami dapat memulakan semula tanaman padi selepas padi musnah ditenggelami banjir. Jika lewat membajak kali ini, mungkin kami hanya sempat menanam untuk satu musim sahaja,” katanya.

Menurutnya, masalah banjir lambat surut ini juga disebabkan oleh benteng air untuk mengelakkan air sungai Golok bercampur dengan air laut masuk ke petak sawah padi, dikambus.

“Kami terpaksa menghadapi dua masalah yang mana apabila waktu hujan, kami berdepan banjir, tetapi di waktu kemarau masalah air masin iaitu air dari Sungai Golok yang bercampur dengan air laut, masuk ke dalam petak sawah kami menyebabkan kami tidak dapat menanam padi,” katanya.

Setiausaha Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Bendang Pak Yong Arifin Awang Chik, 51, kebiasaannya banjir jarang berlaku pada Februari tetapi pelbagai boleh berlaku kerana keadaan cuaca sekarang ini tidak menentu.

Menurutnya, banjir kali ini bukanlah banjir besar tetapi disebabkan masalah pintu air yang tidak dapat menampung laluan air keluar menyebabkan sawah padi dan kediaman penduduk tenggelam.

“Hujan lebat hanya tiga hari tetapi banjir di sini lebih daripada seminggu dan kami terpaksa berdepan dengan masalah ini.

“Ini bukan kali pertama berlaku, sudah bertahun-tahun sejak 2007 lagi,” katanya.

Menurutnya, masalah ini dapat diatasi sekiranya diperbanyakkan lagi pintu air kerana pintu air sedia ada tidak mampu membawa keluar air banjir yang masuk ke perkampungan penduduk dan kawasan pertanian, selepas air sungai Golok melimpah. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: