NGO Tuntut Janji Kerajaan Pakatan Selangor

imagePUCHONG – Lebih 200 ahli mewakili 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Puchong, berkumpul membantah kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, semalam.

Bantahan itu turut mengutuk pembohongan PR dalam manifesto baru memandangkan janji lima tahun lalu tidak ditunaikan.

Malah, laporan turut dibuat terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang didakwa sengaja merendahkan keikhlasan pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara.

Ketua Penerangan Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Ramli Simbok berkata, banyak janji manifesto tidak ditunaikan walaupun genap lima tahun PR memerintah.

“Rakyat tidak seharusnya tditipu dengan pembohongan dalam manifesto yang dilancarkan baru-baru ini.

“Kita minta rakyat memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) yang berjaya kekalkan keamanan dan kesejahteraan negara,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gaps, Hamidzun Khairuddin berkata, laporan dibuat disebabkan wakil rakyat itu mempermainkan kewibawaan pasukan polis.

“Kami berpendirian teguh berdiri di belakang polis dan tentera mempertahankan negara daripada diceroboh,” katanya.

Dalam pada itu, kutipan derma kilat untuk perwira negara yang terkorban diadakan dan turut menyampaikan sumbangan, Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan Selangor, Samad Kassim kepada Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias.

Hadir sama, Adun Seri Serdang, Datuk Dr Mohamad Satim Diman dan Presiden Gabungan Persatuan Cina Puchong, Dr Kow Cheong Wei.

Sementara  itu, Abd Razak menyatakan bangga atas sokongan padu masyarakat dan NGO terhadap polis.

“Apa yang berlaku bukan  sandiwara, justeru sokongan dan doa rakyat diperlukan untuk teruskan perjuangan,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: