PAT: Militan Terperangkap, Mula Bergerak Dalam Kumpulan Kecil

imageLAHAD DATU – Pasukan keselamatan yakin anggota militan bersenjata dari Selatan Filipina kini bergerak dalam kumpulan kecil setelah terperangkap dalam kepungan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kira-kira 130 kilometer dari sini.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawalan ketat yang dilakukan di lokasi berkenaan sejak Op Daulat dilancarkan bagaimanapun tidak memungkinkan penceroboh bersenjata itu memboloskan diri.

“Berdasarkan kejadian dan tindakan yang diambil, kami berkeyakinan besar bahawa sememangnya mereka kini terperangkap di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.

“Jadi, kami akan meneruskan kepungan dan membuat penggeledahan, fokus kami kini tertumpu pada kedua-dua tempat dan kepungan dikekalkan bagi mengelak pihak musuh masuk semula ke Kampung Tanduo selepas melarikan diri ke Tanjung Batu,” katanya dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Seorang daripada militan Sulu maut ditembak di Kampung Tanjung Batu, di sini selepas cuba memboloskan diri daripada kepungan pihak berkuasa seorang diri dalam insiden pada 8 pagi ini.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan akan mengetatkan lagi kepungan di kawasan hutan dan berpaya di kedua-dua kampung berkenaan yang dikenal pasti dijadikan laluan oleh kumpulan militan itu untuk meloloskan diri sebelum ini.

“Mereka tidak mungkin lepas daripada kepungan. Mereka cuma dapat keluar dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu melalui jalan hutan sekunder serta berpaya, bukan melalui jalan darat dan laut…jadi, kita akan perketatkan kepungan di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata kepungan di Kampung Tanduo dijalankan membabitkan jarak seluas empat kilometer persegi dan aktiviti pembersihan ke atas penceroboh akan bermula di situ sebelum diperluaskan ke Kampung Tanjung Batu.

Zulkifeli berkata sejak gerakan ofensif dan beberapa serangan susulan dilancarkan penceroboh kini mula menyembunyikan diri di dalam semak serta hutan tebal dan pokok-pokok besar, bukan lagi di dalam rumah penduduk.

Polis mengesahkan, selepas lima hari dilancarkan, Op Daulat yang membabitkan pasukan polis dan angkatan tentera berjaya membunuh 53 orang militan dengan 79 ditahan, manakala tiada anggota pasukan keselamatan yang dilaporkan cedera atau terkorban.  – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: