Darurat: Kelantan Tidak Terlibat

datuk-mohamad-fatmi-che-salleh-300x240KOTA BHARU – Kelantan di antara negeri-negeri yang dijangka tidak akan terlibat dengan darurat Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) berdasarkan isu pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata, rakyat tidak perlu membuat apa-apa spekulasi negatif mengani perkara tersebut dan sebarang penangguhan PRU13 hanya akan berlaku di kawasan terlibat sahaja.

“SPR sudah menyatakan jika pilihan raya dijalankan dalam keadaan darurat, hanya Lahad Datu sahaja terlibat, tak payah buat spekulasi, Kelantan tidak terlibat,” katanya.

Kelmarin, dalam laporan akhbar tempatan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, PRU-13 akan tetap diadakan di seluruh negara walaupun jika selepas Parlimen dibubarkan masih ada operasi memburu saki-baki pengganas Sulu di Sabah.

Beliau berkata, pilihan raya di kawasan yang terjejas seperti Lahad Datu dan Semporna hanya akan ditunda jika pihak polis mewartakan darurat di situ.

Sementara itu, Mohd Fatmi yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Bharu yakin BN akan menang dalam PRU-13 ini di seluruh Kelantan menyatakan, parti berkenaan sudah bersedia penuh semangat setelah mengenal pasti tanda-tanda kemenangan BN.

“Berbanding pilihan raya umum ke-12 (PRU-12), secara keseluruhan, keadaan lebih positif untuk BN dan adanya tanda-tanda mencapai kemenangan di Kelantan secara keseluruhan dan kita menjangkakan tahun ini rakyat akan membuat penukaran Pas kepada BN.

“Politik di Kelantan perlu memberikan mandat kepada BN dalam mencapai taraf pembangunan dan kemajuan di negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Perjumpaan dan Taklimat Khas Logistik Poster Sepanduk Pusat Daerah Mengundi (PDM), Dewan Undangan Negeri (Dun) dan
Parlimen Kota Bharu di Dewan Umno Bahagian Kota Bharu, di sini, semalam.

Kata beliau, perubahan pada pemahaman politik rakyat di Kelantan boleh dilihat melalui sokongan mereka, ketika  berjumpa dengan orang ramai serta sambutan yang diberikan semasa program dan senyuman ketika mereka bertemu.

“Berdasarkan pengalaman, ia dapat dirasai dan sukar untuk menerangkan apa yang dirasai, namun apa yang boleh dikatakan, ia memberi keyakinan, rakyat sudah sedar untuk merubah kerajaan. Sebagai orang politik, saya dapat melihat reaksi rakyat yang menunjukkan sikap positif terhadap kami,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: