Kenyataan U-Turn Azlan Tidak Memeranjatkan, Kata Hasan Ali

imagesSHAH ALAM – Dakwaan Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari yang meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan anaknya dipergunakan untuk memfitnah Ketua Umum PKR itu tidak memeranjatkan bagi sesetengah pihak.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, umum mengetahui Anwar sedang menghadapi beberapa masalah politik yang membelenggu pemikiran dan perjalanan hala tuju politiknya.

Katanya, kenyataan bapa Saiful  boleh dilihat sebagai usaha terdesak di peringkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada oleh Anwar dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi beberapa syarat menduduki kerusi perdana menteri.

“Antara lain syarat itu ialah bersih daripada salah laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada perdana menteri yang akan menjadi ketua eksekutif kepada sebuah negara yang 65 peratus penduduknya Islam.

Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan pimpinan negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang perdana menteri,” katanya, semalam.

Hasan berkata, kegagalan Anwar memperoleh pengesahan daripada perwakilan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini menjadi tamparan yang sangat hebat dalam karier politiknya.

Selain daripada itu katanya, Pas terus menerus mempertahankan keputusan parti itu untuk tidak menamakan Anwar sebagai perdana menteri telah betul-betul menusuk saraf politik impian perdana menteri pakatan itu.

“Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya. Kenyataan pusingan “U” Azlan itu bagi sesetengah pihak seperti yang disebut, memang sudah dijangka,” katanya.

Namun begitu, katanya, keistiqamahan Saiful sendiri sebagai pihak yang terlibat dilihat sebagai akan menyukarkan laluan yang dijangkakan terbuka luas untuk dieksploitasi  oleh Anwar dan konco-konco beliau. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: