Kota Bharu Jadi Bandar Moden

BandarKOTA BHARU – Umno yakin pembangunan akan menjelma di bandar ini bila beberapa projek direalisasikan termasuk pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dijanjikan Umno dan Barisan Nasional (BN) bila diberi mandat oleh rakyat Kelantan pada PRU-13 nanti.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Ghani Wan Yusuf menegaskan, pembinaan kampus bandar UiTM yang diumumkan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini baru-baru ini ternyata dinanti-nantikan oleh rakyat Kelantan yang akan menyumbang kepada pertumbuhan pesat bidang pembangunan pendidikan serta ekonomi rakyat.

“UiTM kampus bandar itu bakal menampung sejumlah 5,000 pelajar yang mampu berganding bahu dengan pembangunan Universiti Sains Malaysia (USM) kampus Kubang Kerian sejak 1978 yang menyaksikan lokasi tersebut muncul sebagai bandar kewangan pesat dengan perkembangan ekonomi
perniagaan,’’ katanya.

Wan Ghani yang juga Pengarah Pilihan Raya BN kawasan Dun Tanjung Mas berkata demikian semasa berucap di majlis penyampaian BR1M 2.0 di Dewan Putera, Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab, di sini.

Menurutnya, tiada pilihan bagi rakyat Kelantan untuk menghadapi PRU-13 kecuali memberi sokongan kepada Umno untuk melaksanakan janji-janji yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan pendapatan tinggi rakyat sekali gus mengeluarkan rakyat dari arus kemiskinan. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: