Mahathir: Selamatkan Selangor Demi Melayu-Bumiputera

dr-mahathir-mohamad5SHAH ALAM – Selangor perlu diselamatkan daripada pembangkang bagi memastikan hak dan kedudukan orang Melayu serta Bumiputera terus kekal di negeri itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat yang telah pun menguasai ekonomi di Selangor kini mempunyai keinginan yang tinggi untuk menguasai politik di negeri itu.

“Sebelum ini ketika Selangor di bawah Barisan Nasional (BN) kita dapat lihat pertumbuhan ekonomi begitu pesat dan orang Melayu serta Bumiputera turut diberi tempat, sebab itu kita hidup lebih bahagia daripada dahulu.

“Sekiranya pembangkang menang dan tadbir Selangor percayalah kedudukan orang Melayu dan Bumiputera akan diketepikan. Sebab itu kita harus bertindak segera untuk yakinkan rakyat di Selangor supaya jatuhkan kerajaan pembangkang dan gantikannya dengan kerajaan BN yang dipimpin oleh Umno.

“Akan sia-sialah pengorbanan kita kalau Selangor tidak diselamatkan,” katanya ketika penutup konvoi ‘Selamatkan Selangor’ anjuran Perkasa Selangor di sini hari ini.

Lebih 3,000 menyertai konvoi motosikal ke USJ, Subang Jaya dan Rantau Panjang, Klang bermula pukul 10 pagi dengan membawa bendera Malaysia, Perkasa dan BN bagi menunjukkan sokongan kepada BN untuk memenangi semula Selangor.

Konvoi itu turut menziarahi pusara Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul Tukiran di tanah perkuburan Islam Rantau Panjang dan mengadakan bacaan tahlil untuk anggota polis itu yang terkorban dalam kejadian serangan hendap kumpulan militan dari selatan Filipina di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac lepas.

Dr Mahathir berkata, kelemahan dua parti dalam pakatan pembangkang pimpinan orang Melayu menyebabkan pihak lain tidak menghormati kaum itu bahkan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera hendak dihapuskan oleh mereka.

“Kita juga ingin tegaskan bahawa bahasa Melayu dan agama Islam ialah bahasa dan agama rasmi negara kita jadi mereka harus hormati hak kita sepertimana kita hormati hak mereka tetapi disebabkan kepimpinan Melayu dalam pakatan (pembangkang) amat lemah mereka sering ikut sahaja rakan mereka termasuk bila desak kalimah Allah boleh digunakan (dalam Bible) maka (Presiden Pas Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun tandatangan beri hak itu kepada mereka.

“Bila mereka cadang nak lucut hak istimewa orang Melayu, pembangkang yang kononnya dianggotai dua parti pimpinan Melayu sanggup ikut apa sahaja yang dituntut.

Kalau kita tak berjaga-jaga kita akan hilang sama sekali hak kita di bumi kita sendiri dan segala usaha untuk bangunkan orang Melayu dan Bumiputera
akan dihapuskan oleh mereka (pembangkang),” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: