Nik Aziz Kaki Putar?

Pilihanraya umum 13 - Tun MahathirKOTA BHARU – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat Kelantan menolak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat pada pilihanraya umum akan datang kerana disifatkan sebagai kaki putar.
Beliau berkata, kaki putar tidak boleh menjadi pemimpin dan Nik Aziz  perlu meminta maaf kepada rakyat Kelantan yang telah lama ditipunya.
“Orang ini (Nik Aziz) kaki putar. Kaki putar tak boleh jadi pemimpin. Eloklah dia bertaubat meminta maaf meminta ampun kerana telah sekian lama dia menipu rakyat Kelantan. Masa telah tiba untuk rakyat Kelantan menolak orang ini kerana penipuannya yang amat dahsyat. Nasib Kelantan berada di tangan orang Kelantan sendiri. Kalau kita undi salah pilih maka kitalah yang jadi mangsa,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Panglima Raja, Lemal di sini hari ini
Hadir sama pada majlis itu, isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali.
Beliau berkata, rakyat Kelantan perlu menukar kerajaan Kelantan sedia ada bagi mendapatkan kerajaan yang lebih berwibawa, cekap dan yang akan menunaikan segala janji yang dibuat baik sebelum mahupun semasa pilihanraya.
“Saya minta kepada rakyat Kelantan supaya sedarlah…sedarlah akan kenyataan. Rakyat Kelantan perlu buat keputusan untuk menukar kerajaan dan beri sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
“Janganlah terpesong dengan kata-kata yang datang daripada orang yang selalu membohong dan menipu. Dia memang membohong. Orang lain berkawan dengan orang kafir orang itu jadi kafir. Bila dia berkawan dengan orang kafir tak jadi kafir. Menuduh 3 juta orang UMNO sebagai kafir.
“Sepatutnya seorang peimimpin agama seperti Nik Aziz mestilah berhati-hati apabila merayu untuk mendapat undi. Ceritalah kepada rakyat kalau kami menjadi Menteri Besar, kami akan bangunkan Kelantan supaya ia standing dengan Selangor lebih kaya daripada Singapura itulah yang patut dijanjikan oleh Nik Aziz tetapi sebaliknya dia menakut-nakutkan orang dengan mengatakan tak sokong Pas maka jadi kafir. Ini cara Nik Aziz bukan cara orang Melayu,” katanya.
Pada ucapannya Dr Mahathir turut menyatakan kekesalan kerana PAS termasuk Nik Aziz menggunakan Islam hanya untuk mencapai cita-cita politik agar pembangkang menang pada pilihan raya umum ini.
“Apa yang dibuat Nik Aziz tidak selari dengan Islam. Sepatutnya Islam ajar kita bersatu dan bukannya untuk berpecah belah. Kalau ada perpecahan Kalau ada perpecahan pun disebabkan manusia seperti Nik Aziz ,” katanya.
Beliau berkata Kelantan sepatutnya sudah menjadi negeri contoh namun apa yang berlaku negeri itu terus mundur.
“Orang Melayu boleh berjaya jika mereka bersatu padu kerana ia menjadi satu kekuatan. Kita mundur kerana kita berpecah,” katanya.
Mengulas mengenai kedudukan BN di Kelantan beliau berkata, iklim politik di Kelantan ketika ini sudah jauh berubah dan rakyat negeri itu sudah mula yakin terhadap usaha yang dilakukan BN serta yakin rakyat Kelantan akan kembali memilih BN pada pilihan raya umum ke-13 ini berdasarkan kepada sokongan yang begitu besar terhadap parti itu ketika ini.
“Saya tengok rakyat Kelantan sangat bersemangat untuk hadir beramai-ramai. Saya nampak sekarang mereka (rakyat Kelantan) sangat bersemangat dan sama-sama melaungkan kata-kata Tukar,” katanya.
Tegas beliau lagi, selama 23 tahun mentadbir Kelantan Pas gagal mebawa pembangunan ke negeri ini dan apa yang terdapat sekarang adalah hasil usaha pembangunan yang dirancang BN selama ini.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: