Nik Aziz Tidak Bertanding PRU 13?

ahmad yakob2KOTA BHARU – Kelantan dikatakan bakal mendapat Menteri Besar baru sekiranya Pas masih berpeluang mentadbir negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Ia berikutan terdapat spekulasi bahawa Menteri Besar sedia ada, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan bertanding pada PRU akan datang disebabkan beberapa faktor terutama masalah kesihatan beliau yang dikatakan semakin serius.

Menurut ahli keluarga terdekat beliau, kemungkinan itu ada benarnya kerana faktor kesihatan Nik Aziz yang tidak mengizinkan untuk beliau meneruskan kerjaya terbabit.

“Kita akui tahap kesihatan Tok Guru (Nik Aziz) sekarang yang dilihat agak uzur. Kesihatan adalah faktor utama yang akan menyebabkan Tok Guru tidak bertanding.

“Kami sayangkan Tok Guru jadi adalah lebih baik beliau bersara. Lagipun Pas kini mempunyai pelapis yang cukup kuat dengan sokongan ahli dan rakyat saya yakin Pas akan terus kekal di Kelantan,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Kelantan bakal mendapat Menteri Besar baru berikutan Nik Aziz dikatakan tidak lagi bertanding pada PRU akan datang.

Nama-nama yang dikaitkan bakal menggantikan Nik Aziz menjawat jawatan terbabit ada timbalannya, Datuk Ahmad Yakub serta dua exconya iaitu Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.nik amar

Pengunduran Nik Aziz itu juga dikatakan memberi peluang kepada anaknya yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh serta menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman untuk menjadi calon mewakili parti itu.

Beliau berkata sekalipun Nik Aziz tidak bertanding ia tidak bermakna Pas akan lemah kerana semangat Menteri Besar Kelantan itu kukuh di kalangan ahlinya.

“Saya yakin jika benar Tok Guru tidak bertanding kali ini semangat serta sokongan beliau terus membara di kalangan kami. Kami akan terus bekerja keras memastikan kemenangan Pas di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, seorang tokoh vateran Pas memberitahu, beberapa tokoh vateran Pas menarik diri untuk bertanding pada PRU kali ini kerana ingin memberi peluang kepada generasi pelapis.

“Saya serta beberapa lapc husam2gi tokoh veteran Pas mungkin termasuk Tok Guru tidak akan bertanding lagi pada PRU kali ini.

“Rasanya sudah tiba masanya kami memberikan peluang kepada pelapis yang merupakan orang muda yang pastinya penuh dengan idea baru sesuai dengan kehendak rakyat semasa.

“Sekalipun kami tidak bertanding itu tidak bermakna Pas akan lemah kerana pelapis yang ada sekarang cukup hebat,” katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, segala keputusan tertakluk kepada keputusan pimpinan parti yang akan bermesyuarat menentukannya.

Tags: , , , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Nik Aziz Tidak Bertanding PRU 13?”

  1. Marhain
    March 10, 2013 at 11:59 pm #

    Eloklah beruk tua tu pencen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: