Penghargaan Untuk 40 Pelajar Cemerlang

dtk-dr-awang-adekJELAWAT – 40 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat dekat sini, menerima pelbagai pengiktirafan di atas kejayaan mereka sepanjang tahun lalu dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Pengetuanya, Wan Hussin Ismail berkata, pengiktirafan tersebut adalah untuk memberi penghargaan kepada pelajar terlibat di samping galakan untuk pelajar lain terus membina bakat dan kecenderungan mereka dalam bidang yang digemari.

Beliau percaya, keseimbangan akademik dan kokurikulum mampu menjadikan seorang pelajar yang mantap dan berkebolehan sebagai persediaan untuk menghadapi alam pendidikan seterusnya kelak.

“Penghargaan ini diberikan setiap tahun untuk pelajar yang berjaya ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dalam pelbagai lapangan agar mereka tahu segala jasa mereka selama ini amat dihargai oleh pihak sekolah.

“Kami di sini amat bangga, dengan setiap pencapaian pelajar kami walaupun kami berada di antara puluhan sekolah cemerlang yang lain, tetapi kami mampu melahirkan ramai pelajar yang berjaya,” katanya ketika majlis mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dekat sini.

Majlis penyampaian hadiah dan perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan turut dihadiri Timbalan Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Husain.

Dalam majlis itu juga, Awang Adek menyerahkan replika cek RM5,000 untuk PIBG SMK Jelawat. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: