Zulkifli Nordin Minta Maaf Pada Tun M

imagesBHARU – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin membuat kejutan apabila memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di depan lebih 15,000 rakyat Kelantan.

Zulkifli yang berucap pada majlis Perhimpunan Perdana Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Raja dekat sini memohon maaf kepada Tun Mahathir kerana beliau pernah mencaci pemimpin negara itu sewaktu bersama pembangkang.

Permohonan maaf itu disaksikan sendiri oleh Tun Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Ibrahim Ali.

“Saya akui kesilapan saya dan mahu memohon maaf kepada ayahanda Tun atas tindakan saya dalu yang pernah memaki hamun Tun,” katanya.

Zulkifli yang memandang Tun sewaktu membuat permohonan maaf itu dibalas dengan senyuman dan anggukkan oleh beliau.

Katanya, dulu beliau tidak nampak kebijaksanaan Tun Mahathir.

“Saya bersama-sama Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memaki Tun. Saya kritik langkah Tun memecat Anwar walaupun saya tahu itu jasa terbesar Tun kepada negara,” katanya.

Pada masa yang sama beliau yang juga Timbalan Presiden Perkasa mengajak rakyat menolak pembangkang yang diketuai Anwar pada pilihanraya umum akan datang kerana kerosakan yang lebih besar akan berlaku jika mereka dipilih.

“Saya bimbang sinar Islam ddi negra ini akan terus pudar jika pembangkang dipilih menerajui negara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut meminta rakyat berhati-hati dengan taktik pembangkang terutama Anwar yang akan melakukan pelbagai perkara tidak diduga pada pilihanraya umum akan datang semata-mata untuk berkuasa.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: