2 Bot Nelayan Vietnam Ditahan

wt_01.1PASIR PUTEH  – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri ini menahan dua bot nelayan dari Vietnam yang menceroboh perairan negara dan menangkap ikan dengan menggunakan pukat tunda berhampiran perairan Tawang, dekat Bachok.

Ketua Penguatkuasanya, Kapten Maritim Wan Burhanuddin Jusoh berkata, sebanyak 18 awak-awak berusia antara 15 hingga 45 tahun turut ditahan dalam serbuan kira-kira 33.3 kilometer dari perairan Tok Bali pada pukul 11.55 pagi.

Menurutnya, hasil kejayaan ‘Ops Perkasa Timur Khas’ itu, kesemua nelayan terbabit dikenal pasti warga Vietnam yang berada di perairan negara hampir 10 hari untuk menangkap ikan.

“Pihak Maritim Malaysia sebelum ini mendapat maklumat awam yang melaporkan kegiatan menangkap ikan menggunakan pukat tunda ganding oleh dua bot nelayan asing dalam keadaan mencurigakan,” katanya kepada pemberita di Pangkalan Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali dekat sini semalam.

Wan Burhanuddin berkata, dua bot dan sebuah kapal peronda Maritim Malaysia bergegas ke lokasi dan mengesan dua bot nelayan asing yang sedang memukat dan cuba melarikan diri.

“Kehadiran nelayan asing yang menangkap hasil laut negara menimbulkan kemarahan nelayan tempatan termasuk tindakan mereka memusnahkan tukun dan bubu ikan milik nelayan tempatan.

“Pukat tunda ganding diharamkan di Malaysia kerana boleh merosakkan tempat pembiakan ikan, batu karang dan tukun tiruan yang dibina oleh nelayan setempat,” katanya.

Bagi memastikan rezeki nelayan tempatan tidak terjejas, katanya, Maritim Malaysia akan meneruskan operasi sedemikian tanpa henti bagi menghalang nelayan asing bertindak merosakkan khazanah laut negara dengan menggunakan kaedah penangkapan yang tidak terkawal.

Beliau berkata, kesemua nelayan asing termasuk bot serta hasil rampasan berupa ikan baja (ikan kecil) berjumlah 4,500 kilogram, 1,000 kilogram pelbagai jenis ikan dan sotong kering (1,700 kilogram dibawa ke Jeti Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 dan ini merupakan kes tangkapan keempat membabitkan bot nelayan Vietnam. – Utusan

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: