80,000 Rumah Mampu Milik

dn_01.1KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan membina 80,000 unit rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana di Lembah Klang bermula tahun ini.

Menurut Perdana Menteri, daripada jumlah itu Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan membina sebanyak 50,000 unit rumah manakala 30,000 unit lagi dilaksanakan di bawah program Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB).

Jelas beliau, program rumah mampu milik di kawasan bandar itu dilihat perlu kerana golongan berpendapatan sederhana sering terlepas daripada program kerajaan yang melibatkan golongan miskin serta program untuk mereka yang tinggal di luar bandar.

“Saya memberi jaminan harga bagi setiap unit rumah yang ditawarkan ini sekurang-kurangnya 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran serta mampu dibeli oleh mereka yang mempunyai pendapatan antara RM2,500 hingga RM7,000 sebulan,” katanya.

Beliau berucap melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Alam Damai, Cheras, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Pengerusi PR1MA, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias.

Projek PR1MA Alam Damai itu adalah usaha sama antara PR1MA, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan syarikat pemaju bumiputera, Transgreen Sdn. Bhd. yang menawarkan sebanyak 2,078 buah kediaman dan terbahagi kepada empat jenis kondominium dan pangsapuri di kawasan seluas kira-kira 6.070 hektar.

Projek itu terletak di kawasan strategik kerana hampir dengan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) serta berdekatan tiga buah stesen Aliran Transit Massa (MRT) yang dicadangkan di Cheras.

Sementara itu, Najib memberitahu, kerajaan sedar setiap keluarga mempunyai impian memiliki kediaman sendiri namun terhalang kerana faktor kewangan.

Menurut beliau, menyedari hasrat itu kerajaan berusaha memenuhi impian setiap rakyat termasuk dengan menubuhkan PR1MA yang bertanggungjawab membina lebih banyak rumah mampu milik di negara ini.

“Kalau terpaksa bayar ansuran bulanan terlalu tinggi walaupun berpendapatan besar akan tetap hadapi kesempitan dari segi kewangan setiap bulan terutama hujung bulan.

“Bila kita kaji perkara ini secara mendalam, kita dapati mereka ingin memiliki rumah dan rumah itu mestilah dalam kategori mampu untuk dimiliki oleh golongan tersebut,” katanya.

Tegas beliau, impian memiliki rumah bukan sesuatu yang tidak realistik atau tidak wajar dan kerajaan melihatnya sebagai hak rakyat yang mesti dipenuhi. – Utusan

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: