Kerajaan Pusat Sedia RM4 Juta Bantu Pelajar YIK

wt_02.1KOTA BHARU  – Yayasan Islam Kelantan (YIK) menerima peruntukan Bantuan Awal Persekolahan dan Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) berjumlah hampir RM4 juta untuk para pelajar di 68 buah sekolah di bawah kelolaannya.

Timbalan Pengarah YIK (Bahagian Sekolah), Mohamed Ya berkata, jumlah tersebut tidak termasuk yang melibatkan pelajar di 20 buah sekolah lagi yang sudah berdaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) kerana telah menerima bantuan lebih awal.

Beliau berkata, pihaknya amat bersyukur kerana Kerajaan Persekutuan tidak meminggirkan sekolah-sekolah YIK daripada agihan bantuan tersebut yang akan memberi manfaat kepada lebih 36,000 pelajar YIK secara keseluruhannya.

“Keprihatinan Kerajaan Persekutuan ini sekali gus menunjukkan pengiktirafan kepada sekolah-sekolah agama di negeri ini yang mengamalkan sistem pembelajaran bersepadu antara kurikulum Kementerian Pelajaran dan sukatan YIK yang memfokus kepada bahasa Arab dan agama.

“Soal duit datang daripada mana tidak penting, tetapi yang jelas ia adalah bantuan daripada Kerajaan Persekutuan yang mana kita mesti bersyukur dan pelajar mesti manfaatkan.

“Para pelajar tidak boleh membazir membeli bahan bacaan tidak berkaitan sebaliknya hendaklah membeli buku untuk kepentingan pendidikan mudah-mudahan rezeki akan bertambah lagi pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan dan BB1M kepada 2,296 pelajar Sekolah Menengah Agama (Arab) Maahad Muhammadi (P) berjumlah RM213,000 di dewan sekolah itu, di sini hari ini.

Turut hadir menyampaikan bantuan adalah Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu, Che Ab. Aziz Daud mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan, Hussain Awang.

Mohamed memberitahu, agihan Bantuan Awal Persekolahan kepada 29,719 pelajar tingkatan lima ke bawah sebanyak RM100 seorang dan BB1M kepada 3,012 pelajar tingkatan enam yang mendapat RM250 seorang mula dibahagikan hari ini dan dijangka selesai sepenuhnya pada 21 Mac ini di semua sekolah YIK.

Sementara itu, salah seorang pelajar yang ditemui, Syifa’ Abdul Rashid, 18, berkata, dia berterima kasih kepada kerajaan kerana dengan baucar buku tersebut dapat membantunya membeli buku rujukan untuk menghadapi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Dalam masa sama, saya juga boleh menggunakan baucar buku ini untuk membeli buku adik-adik saya, kaedah beri baucar begini baik sekali berbanding jika dapat duit secara langsung yang mungkin diguna untuk membeli barang kurang berfaedah,” katanya.

Seorang lagi pelajar, Siti Anis Omar, 18, juga melahirkan rasa terima kasih kerana dia dan rakan-rakannya sekali lagi mendapat bantuan kerajaan selepas Bantuan Awal Persekolahan yang diperoleh tahun lalu.

“Tahun lalu semasa di tingkatan lima saya juga tidak ketinggalan menerima RM100, saya gunakan untuk membeli buku rujukan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika itu, walaupun tidak cukup tetapi saya amat berterima kasih kerana dapat menampung sedikit sebanyak perbelanjaan,” katanya. – Utusan

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

Trackbacks/Pingbacks

  1. SERIUS – HUKUMAN SEBAT DI ACHEH : QANUN JINAYAH (7 GAMBAR) – Harian Metroll – Blog Isu Hangat, Isu Semasa dan Blog Hiburan Malaysia - March 24, 2013

    […] pemerintahan autonomi mereka. Dengan terjalannya hukuman yang bertepatan dengan agama Islam. pihak kerajaan pusat Indonesia berharap dapat mengurangkan tentangan dari Gerakan Acheh […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: