KRT Pangkal Petai Bina Gelanggang serbaguna

imageMACHANG –  Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangkal Petai membina gelanggang serbaguna, untuk memberi peluang kepada belia kampung itu terlibat secara aktif dalam pelbagai jenis sukan.

Pengerusinya, Abdul Rahman Idris berkata, penglibatan secara aktif belia kampung dalam sukan secara tidak langsung dapat mengelakkan mereka terbabit dalam kegiatan gejala sosial.

Katanya, gelanggang tersebut dibina sebagai sokongan kepada minat golongan muda kepada sukan futsal, namun boleh dipelbagaikan kepada jenis sukan lain.

“Futsal kini menjadi fenomena dalam kalangan generasi muda, sama ada lelaki atau wanita  kerana permainan itu bersifat lebih agresif dan berstrategi serta boleh dimainkan dalam gelanggang bersaiz kecil.

“Gelanggang ini dibina dengan kos RM6,000 yang mana dikumpulkan hasil kejayaan kampung dalam beberapa pertandingan sebelum ini. Saya berharap ia mampu menjadi platform yang bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk terutamanya anak muda, juga mengeratkan hubungan baik antara satu sama lain,” katanya pada majlis kesyukuran dan perasmian gelanggang itu di sini, kelmarin.

Gelanggang itu dirasmikan Ketua Umno Bahagian  Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub.

Hadir sama, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Machang, Eriandi Datuk Ismail.

Abdul Rahman berkata, gelanggang itu akan dinaik taraf dari semasa ke semasa, bagi menyediakan kemudahan yang terbaik kepada penduduk khususnya golongan muda.

Selain itu, katanya, pihaknya turut merangka beberapa pertandingan sukan dalam usaha menggalakkan penyertaan dan mengaktifkan golongan muda di kampung itu.

Menurutnya, kerjasama penduduk tanpa mengira usia menjadi nadi kepada pembangunan kampung tersebut, sekali gus mencatatkan nama kampung di persada negara dengan memenangi beberapa hadiah di peringkat kebangsaan.

“Kami di sini aktif menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan agensi dan jabatan kerajaan yang mana turut berjaya mewakili Kelantan ke peringkat kebangsaan.

“Hasil kejayaan tersebut dapat dinikmati oleh semua penduduk dengan pembangunan yang dilaksanakan di kampung ini,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: