Masjid Kebakat Berubah Wajah

imageTUMPAT – Masjid Kebakat berubah wajah menjadi ceria, apabila Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melaksanakan khidmat sosial korporatnya dengan bergotong-royong membaik pulih masjid tersebut.

Pengarah CIDB Kelantan, Jasmi Mohd Salleh berkata, ini adalah program khidmat komuniti CIDB yang turut dijayakan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kelantan.

Menurutnya, selain bergotong-royong membaik pulih Masjid Kebakat, peluang bersama masyarakat setempat ini tidak dilepaskan begitu saja, apabila turut diadakan kempen memiliki kad hijau (Kad Pendaftaran Personal Binaan) untuk pekerja binaan bagi mengurangkan kadar kemalangan di tapak pembinaan.

“Seramai 150 peserta terlibat dalam program khidmat komuniti ini termasuk kontraktor, pekerjaan binaan pelatih ABM dan komuniti setempat.

“Ini sebahagian usaha CIDB mendekati masyarakat untuk memberi kesedaran aspek keselamatan di tapak pembinaan kerana sepanjang khidmat komuniti ini, peserta bergotong-royong mengecat, memasang mozek dan juga membaiki bumbung bocor di masjid tersebut,” katanya di Masjid
Kebakat, di Kampung Kebakat di sini.

Mengenai kad hijau Jasmi berkata, pekerja binaan perlu memiliki kad hijau kerana ia dilengkapi dengan perlindungan insurans, dan boleh membantu
pekerja mendapatkan bantuan serta rawatan segera jika berlaku kemalangan di tempat kerja.

“Pekerja boleh memperoleh kad hijau daripada CIDB selepas menjalani kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan selama sehari,” katanya yang  turut menyarankan tukang rumah memiliki kad hijau.

Hadir sama, Yang Dipertua PKMM Kelantan, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz, Ketua Pegawai Operasi ABM Wilayah Timur, Maliki Endut dan Eksekutif ABM, Zaki Ismail.

Imam masjid, Mohd Syukri Ab Ghani berkata, khidmat komuniti CIDB ini menyempurnakan lagi kerja baik pulih di masjid ini, sekali gus menceriakan masjid ini apabila pagar dan dinding masjid dicat baru.

“Peserta khidmat komuniti ini turut memasang mozek laluan pejalan kaki untuk ke tandas dan membaiki bumbung yang bocor.

“Melalui khidmat ini, ia membantu impian kami di sini, yang mahukan masjid ini sentiasa ceria dan masalah bumbung bocor dapat ditangani,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: