Najib: Kakitangan Awam Bebas Pilih Kerajaan

imagePUTRAJAYA – Kakitangan awam negara ini, yang merupakan hampir 10 peratus daripada pengundi berdaftar, bebas untuk menentukan kerajaan pilihan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Bagaimanapun Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional menasihatkan kakitangan awam agar menggunakan kuasa memilih mereka dengan sebaik yang mungkin dan jangan mudah terpedaya dengan janji pihak tertentu yang masih gagal melunaskan janji meskipun memerintah empat negeri.

“Kita berupaya mengukur kejujuran dengan melihat prestasi rekod mereka yang berjanji.

“…kalau sejarah menunjukkan janji yang lama pun tidak mampu ditepati atau ditunaikan, maka berhati-hati dengan janji baru,” kata beliau dalam ucapan pada Majlis Perdana Pekhidmatan Awam ke-13 di sini.

Beliau tidak mahu pengundi khususnya penjawat awam agar mudah terpedaya dan percaya pihak pembangkang bagi membentuk kerajaan sebelum menilai kejujuran dalam pembiayaan program mereka.

“Mereka perlu berterus-terang dengan rakyat, tidakkah pembiayaan semua program mereka memerlukan kepada cukai dinaikkan?

“… kalau dilihat rekod mereka yang lepas dari segi menepati janji, ia amatlah buruk. Bagi mereka manifesto bukannya janji, maka buat apa kita percaya dengan kandungan manifesto mereka itu,” soal beliau.

Dalam pada itu, Najib mempersoalkan salah satu kandungan manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada 25 Februari lalu, yang mahu mengecilkan saiz perkhidmatan awam jika mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu tidak wajar sebaliknya perlu dibuat penambahbaikan sahaja agar terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Ada janji dibuat oleh pihak tertentu dalam manifesto mereka, kononnya hendak melihat dan menyusun semula perkhidmatan awam.

“…dengan kata lain, mereka mahu memberhentikan sebahagian besar penjawat awam.

“…siapakah yang mereka mahu berhentikan? Mahu berhentikan guru? Anggota polis? Anggota tentera? Pensyarah? Doktor? Jururawat? Kumpulan pelaksana? Siapa?” soalnya lagi.

Sementara itu, Najib juga menggesa penjawat awam supaya menguasai kemahiran teknologi komunikasi seperti blog dan media sosial dalam membantu kerajaan memberi maklumat tepat dan perkhidmatan terbaik walaupun di luar waktu bertugas.

“Kepimpinan sektor awam tidak boleh lagi mengelak daripada berhadapan dengan media dan orang ramai.

“…penjawat awam haruslah bersifat proaktif melakukan penyebaran maklumat, bersandarkan ketepatan tanpa melanggar peraturan agar perjalanan sistem pentadbiran tidak dikompromikan keabsahannya,” jelasnya.

Perdan Menteri juga mengingatkan supaya penjawat awam menjauhi tiga penyakit iaitu rasuah, salah guna kuasa dan membocorkan maklumat.

Selain itu, mereka juga perlu memastikan integriti penjawat awam terpelihara termasuk memastikan tidak berlakunya ketirisan wang dan maklumat yang boleh menjejaskan keutuhan perkhidmatan awam.

Di samping itu, penjawat awam juga perlu memastikan bajet besar setiap tahun untuk pembangunan dibelanjakan dengan betul dan mengikut jadual supaya dapat dimanfaatkan rakyat dan mencerminkan kerajaan telah menunaikan janji.

Najib juga berkata, kerajaan sentiasa istiqamah untuk menjadi sebuah kerajaan yang adil dan penuh bertanggungjawab tanpa memperjudikan apa-apa keputusan sehingga merosakkan kedudukan dan kewangan negara.

Beliau berkata jika mahu, kerajaan Barisan Nasional boleh sahaja mengambil sikap populis dengan menjanjikan pelbagai perkara seperti kenaikan gaji dan elaun yang tinggi, tanpa mengira kemampuan kewangan sepertimana yang dicanangkan pihak tertentu.

“Memang kerajaan seperti itu akan menjadi lebih popular, semua akan merasa seronok, teruja tetapi itu hanyalah buat seketika.

“Sebenarnya kita perlu berfikiran waras apa akan jadi kemudian hari nanti, akibat daripada tindakan populis itu,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: