Tedung Selar Mengganas Jaga 40 Telur Ular

imageKUALA KRAI – Operasi menangkap ular tedung selar di Kampung Bukit Sireh, dekat sini, kelmarin, dikejutkan dengan penemuan 40 telur haiwan itu, sekali gus menjelaskan tindakan agresif reptilia berbisa itu termasuk mengejar penduduk beberapa hari lalu.

Ular sepanjang tiga meter itu ditangkap penjinak ular, Mohd Hamdan Mahadi bersama tiga anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai di sebuah kebun getah di kampung itu, jam 10.30 pagi.

Mohd Hamdan berkata, dia terima panggilan daripada penduduk mengenai kehadiran ular di kebun getah berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Bedal itu kira-kira jam 10.15 pagi.

“Pemanggil beritahu takut nak keluar menoreh kerana ular sama pernah kejar dia beberapa hari lalu. Saya minta bantuan bomba untuk kepung ular ini di kawasan kebun getah supaya tidak terlepas lari,” katanya, kelmarin.

Mohd Hamdan berkata, selepas reptilia berbisa itu berjaya dijinakkan, pemeriksaan di kawasan sekitar menemui 40 telur ular dipercayai hampir menetas di pangkal sebatang pokok getah dalam kebun berkenaan.

“Ada 40 biji semua tetapi enam pecah dan selebihnya saya bawa balik. Saya akan letak telur ini dalam bekas sesuai dan biarkan sehingga menetas, mungkin dalam dua hingga tiga minggu lagi,” katanya.

Sementara itu, Mohd Hamdan berkata, tedung selar antara segelintir spesies ular yang membina sarang, bertelur dan mengeram sehingga telur hampir menetas.

“Tedung selar antara ular paling ganas, liar dan agresif ketika menjaga sarangnya. Selalunya tedung selar akan tinggalkan sarang sebelum telur menetas untuk elak daripada makan anaknya sendiri,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: