Ibu Allahyarham Farhan: ‘Lemah Longlai Lutut Saya’

imageKOTA BHARU – ”Lemah longlai lutut saya apabila menerima berita mengenai anak kedua saya yang terkorban dalam nahas jalan raya semasa menyertai Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah, petang tadi (semalam).

“Memang saya sering risaukan dia yang menyertai operasi itu, namun dia selalu tenangkan saya supaya jangan risau kerana menurutnya, dia dalam keadaan selamat, “ kata ibu anggota tentera terbabit, Roslawati Ghani, 47, ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Darul Naim 2. Pasir Tumboh semalam.

Roslawati berkata, kali terakhir dia berhubung dengan anaknya itu, Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21, Jumaat lalu, melalui telefon bimbitnya.

“Walaupun masih terkejut, namun saya reda dengan pemergiannya dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan golongan beriman,” katanya.

Roslawati berkata, ketika dia menerima berita daripada dua tentera yang datang ke rumahnya kira-kira jam 4 petang semalam, suaminya tiada di rumah  kerana mempunyai urusan di Singapura.

Sementara itu, datuk mangsa, Ghani Mohamad, 67, berkata, walaupun sedih dengan pemergiannya itu namun dia bangga dengan semangat cucunya yang berkhidmat untuk mempertahankan negara.
“Walaupun sedih tetapi kami tetap reda dengan pemergiannya kerana ALLAH SWT lebih sayangkan dia. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: