MITI Pemudah Cara IKS Kembang Perniagaan

AMIRUL HAFIZ :

1Produk_IKSKOTA BHARU – Usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) negeri ini disaran supaya mengembangkan perniagaan dengan menerokai pasaran global melalui pelbagai program transformasi yang telah diperkenalkan oleh kerajaan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) cawangan Kelantan, Azran Deraman berkata, usahawan terbabit sememangnya mempunyai daya saing untuk setanding dengan usahawan-usahawan lain di dalam sektor perniagaan.

“Sekiranya kita bijak mencari peluang, kita mampu memasarkan barangan kita ke negara seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan negara Asia yang lain.

“Kita mempunyai produk yang sangat berkualiti terutamanya produk berkaitan makanan serta kraftangan dan ianya mendapat sambutan di negara-negara itu. Semua ini bergantung kepada kesungguhan usahawan-usahawan ini.

“MITI hanya sebagai pemudah cara kepada mereka dan sentiasa mengambil pendekatan membantu dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas Program Taklimat Usahawan koperasi Groom Big bersama jabatan dan agensi kerajaan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini.

Program tersebut dianjurkan MITI cawangan Kelantan dengan kerjasama koperasi Groom Big itu disertai lebih 200 usahawan di negeri ini.

Ia diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para usahawan bagi mendapat maklumat terkini mengenai insentif dan prosedur-prosedur baharu yang dilaksanakan oleh jabatan dan agensi berkenaan.

Menurut Azran, pihaknya sentiasa menyokong usahawan-usahawan di negeri ini dan akan membantu mereka mengembangkan produk ke luar negara.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: