‘SMS Terakhir…Abah, Mak Doakan Orang Selamat’

dn_23.1PASIR MAS  – “Salam abah, mak doakan orang (saya) selamat”.

Begitu khidmat pesanan ringkas (SMS) terakhir yang dihantar Prebet Ahmad Hurairah, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) kepada bapanya, Ismail Husin, 55, sehari sebelum Allahyarham ditugaskan untuk menyertai Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah pada 7 Mac lalu.

Ismail berkata, Ahmad Hurairah yang merancang membawa kekasih hatinya berasal dari Bachok untuk berjumpa dengan keluarganya selepas tamat operasi itu, turut berpesan supaya menjaga diri baik-baik semasa ketiadaannya.

Ujarnya, kali terakhir dia berjumpa anaknya itu adalah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri, dua tahun lalu dan selepas itu Allahyarham tidak lagi dapat berkesempatan pulang ke kampung.

Dia menerima berita mengenai kematian anaknya tersebut kira-kira pukul 2.45 petang melalui rakan Ahmad Hurairah yang menghubunginya dari Kuala Lumpur.

“Walaupun berat menerima, namun saya tetap reda kerana Ahmad Hurairah menjadi salah seorang wira yang berjuang demi mempertahankan kedaulatan negara.

“Dia (Hurairah) telah berjuang mempertahankan negara. Walaupun sedih namun di sudut hati saya tetap berbangga dengan pergorbanan anak saya itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bayu Lalang di sini.

Tambah Ismail, Ahmad Hurairah merupakan anak yang bertanggungjawab serta menjadi harapan keluarga malah Allahyarham sering membantu tujuh lagi adiknya yang masih bersekolah.

Ibu Allahyarham, Rahmah Mamat, 50, berkata, Ahmad Hurairah pernah meluahkan keinginan untuk berkahwin kepadanya ketika pulang bercuti semasa Hari Raya Aidilfitri, dua tahun lalu.

Katanya, anak ketiga daripada 12 beradik itu meluahkan keinginan tersebut serta sempat menunjukkan gambar gadis pilihannya.

“Saya tidak mengenali gadis itu tetapi Ahmad Hurairah berjanji memperkenalkannya tetapi terpaksa ditangguhkan kerana perlu menyertai Ops Daulat di Lahad Datu,” katanya yang pengsan tiga kali sebaik sahaja mendapat berita kematian anaknya.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas Sulu di Sungai Nyamuk, Tanduo, Lahad Datu pukul 10 pagi ini. – UTUSAN

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: