Suasana Pilu Sambut Kepulangan Dua Wira Negara

20130313-172035.jpgKOTA BHARU – Suasana penuh hiba menyelubungi Lapangan Terbang Sultan Ismail (LTSI), Pengkalan Chepa di sini dan sebaik sahaja dua jenazah perwira negara yang terkorban ketika menyertai
Ops Daulat di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah tiba pagi tadi

Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24 dan Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21, tiba kira-kira pukul 9.50 pagi di LTSI melalui penerbangan khas menggunakan pesawat C-130 milik Angkatan Tentera Malaysia dari Subang.

Ketibaan kedua-dua jenazah berkenaan disambut lebih 2,000 orang termasuk pemimpin, saudara mara, dan orang ramai yang mula membanjiri kawasan LTSI seawal pukul 8 pagi lagi untuk menunggu ketibaan perajurit yang gugur itu.

Turut menyambut ketibaan jenazah ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, Panglima Angkatan Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Sebaik tiba, kedua-dua jenazah di bawa ke sebuah kawasan hangar dalam upacara adat istiadat ketenteraan dan di letakkan di kawasan berkenaan untuk memberi peluang orang ramai memberikan penghormatan terakhir.

Jenazah kedua-dua perwira negara itu kemudiannya dibawa ke rumah keluarga masing-masing di Pasir Mas dan Pasir Tumboh untuk disolat dan dikebumikan.20130313-172310.jpg

Jenazah Ahmad Hurairah tiba di rumah keluarganya di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas untuk disembahyangkan pada pukul 11.15 pagi.

Antara yang turut sembahyang jenazah Mustapa, Zulkifli dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub.

Suasana agak hiba seketika apabila Zulkifli menyerahkan sumbangan daripada pelbagai pihak kepada bapa Allahyarham, Ismail Hussin, 54, sebaik selesai majlis pengebumian itu.

Di KOTA BHARU, jenazah Ahmad Farhan dibawa ke rumah keluarganya di Taman Desa Darulnaim II, di Pasir Tumboh di sini dan disemadikan pada pukul 12 tengah hari.

Antara yang hadir pada pengebumian wira negara itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan pegawai-pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Abdul Latiff kemudian menyerahkan bendera Malaysia yang membaluti keranda kepada bapa Allahyarham.

Ruslan ketika ditemui di tanah perkuburan itu berkata beliau amat berterima kasih di atas penghargaan pasukan tentera apabila memberi penghormatan terakhir yang begitu tinggi terhadap anaknya.

“Saya reda dengan pemergian anak saya yang memang berminat mewarisi jejak saya untuk menjadi askar sejak kecil lagi,” kata bekas tentera itu yang menamatkan perkhidmatan terakhirnya di Kem Terendak, Melaka pada 2004.

Ahmad Huraira dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berasal dari Pasir Mas terkorban dalam insiden pertempuran dengan penganas Sulu di Sungai Nyamuk, Lahad Datu pagi semalam.

Sementara itu Ahmad Farhan dari Batalion 3 RAMD pula maut apabila trak tentera yang dipandunya terbabas di Kilometer 36 Jalan Lahad Datu-Tungku kira-kira pukul 7.30 pagi semalam ketika menghantar bekalan makanan ke kawasan operasi.

20130313-172243.jpg

Tags: , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: