Wan Azizah Kena Jawab Tuduhan Media Asing

imagesKUALA LUMPUR  – Sikap membisu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berhubung dakwaan mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah menggambarkan seolah-olah beliau sudah tidak wujud lagi sebagai pemimpin parti itu.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sikap Wan Azizah itu menimbulkan persoalan kerana ia berbeza apabila sesuatu tuduhan dilemparkan terhadap pemimpin UMNO.

“Kalau tuduhan terkena kepada mana-mana pemimpin PKR, mereka akan diam seolah-olah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sekiranya tuduhan dilemparkan itu adalah terhadap UMNO, jari telunjuk mereka yang panjang itu akan tajam menuding kepada kita.

“Kita hendak tahu juga daripada mulut Wan Azizah apa komen beliau mengenai tuduhan media asing terhadap Anwar,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga di Flat Sri Johor, Cheras di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Wan Azizah yang masih berdiam diri berhubung pelbagai dakwaan media asing tentang penglibatan Anwar dalam pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Shahrizat mengingatkan bahawa sikap membisu Presiden PKR itu akan menimbulkan lebih banyak persoalan kerana parti itu tidak kebal.

“Selaku Presiden PKR, saya cabar Wan Azizah untuk menjawab persoalan itu, tidak kiralah yang dituduh itu benar atau tidak,” ujarnya.

Pada masa sama, Shahrizat turut mendesak pihak berkuasa menyegerakan siasatan terhadap pemimpin pembangkang yang didakwa sebagai dalang di sebalik pencerobohan berdarah di Sabah seperti yang dilaporkan oleh media asing.

“Kenapa perlu melengah-lengahkan masa untuk siasatan sedangkan media asing berterusan membuat laporan mengenai individu berkenaan.

“Pengkhianat negara perlu dikenakan hukuman kerana perbuatan mereka melampaui batas dan tidak boleh dimaafkan apatah lagi kejadian itu telah mengorbankan nyawa perajurit negara,” katanya. – UTUSAN

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: