JPJ Pantau Pergerakan Treler Muatan Bijih Besi

imageGUA MUSANG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan mengadakan operasi berterusan bagi mengesan kesalahan pengguna jalan raya, termasuk treler yang didakwa memuatkan bijih besi untuk dihantar ke Pelabuhan Tok Bali, Pasir Puteh.

Pengarahnya, Ab Ghani Che Kasim berkata, tumpuan utama pergerakan treler muatan bijih besi itu di Rantau Panjang dan Aring, dekat Gua Musang menyebabkan berlaku kerosakan dan debu jalan sehingga mengganggu kesihatan penduduk tempatan.

“Kita sudah menjalankan operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan yang tertumpu di sekitar Kota Bharu, baru-baru ini.

“Hasil daripada operasi sepanjang Disember hingga awal bulan ini, kita berjaya mengeluarkan 170 saman atas pelbagai kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas Ops Pengarah di Jalan Persiaran Raya,  malam kelmarin.

Ab Ghani berkata, pihaknya menjangkakan lebih banyak saman dikeluarkan ke atas kenderaan berat, apabila JPJ akan terus mengadakan operasi di kawasan terbabit dalam tiga bulan mulai bulan ini hingga Mei.

Katanya, selain JPJ, jabatan lain yang terbabit dalam operasi itu juga mengeluarkan saman ke atas kenderaan terbabit mengikut kesalahan bawah peraturan masing-masing.

“Kita juga sudah menerima arahan daripada Ibu Pejabat JPJ Kuala Lumpur, supaya meneruskan operasi berikutan ada laporan penduduk berhubungan keselamatan mereka terjejas akibat daripada laluan kenderaan berat terbabit,” katanya.

Menurutnya, JPJ Kelantan berjaya memungut hasil kompaun daripada pelbagai saman kesalahan jalan raya di negeri ini sebanyak RM3.504 juta dalam tempoh sepanjang tahun lepas.

Katanya, kutipan kompaun bertambah RM525,756 berbanding bayaran kompaun dalam tempoh setahun sebelumnya, dan ini menunjukkan pengguna jalan raya masih abai tanggungjawab menjaga keselamatan jalan raya.

“Dalam tempoh dua bulan awal tahun ini, pihak kita berjaya mengutip hasil kompaun sebanyak RM528,010 termasuk membabitkan Jajahan Kota Bharu sebanyak RM374,070, Machang (RM88,170) dan Gua Musang (65,770).

“Peningkatan hasil kompaun kesalahan jalan raya tahun lalu, menunjukkan pengguna tidak hiraukan segala amaran yang dikeluarkan,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: