Mukhriz: BN Sudah Sedia Untuk Rampas Kembali Kedah

imagesKUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) Kedah kini berada di tahap persiapan tertinggi dalam misi merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

“Kita memang telah bersedia bagi memastikan kemenangan BN di Kedah kali ini. Jika ada orang bercakap mengenai masalah dalaman, kita yakin semua itu akan diselesaikan semasa kempen nanti,” katanya dalam sidang media sempena Perhimpunan Anak Kedah (HAK) di sini hari ini.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Pendagangan Antarabangsa dan Industri berkata pemilihan calon, yang kini telah 90 peratus siap, dilakukan dengan teliti demi kemenangan BN kali ini.

“Kita mahu dari awal-awal lagi walaupun di atas kertas pun calon dah boleh menang.

“Kita tidak mahu sebarang alasan atau ruang untuk kita tewas di mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri di PRU ke-13 nanti,” katanya.

Mukhriz berkata kemenangan BN kali ini amat penting untuk membela kebajikan penduduk Kedah yang terpinggir kerana tiada apa yang dilakukan kerajaan negeri pimpinan PAS sepanjang mentadbir negeri itu selain hanya mampu menabur janji kosong melalui manifesto.

Beliau berkata dakwaan kerajaan negeri mengenai kejayaan mereka yang dicapai di negeri tersebut yang dimuatkan dalam sebuah buku rekod sepenggal kerajaan negeri bertajuk ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ merupakan pembohongan semata-mata.

“Orang kampung lebih tahu apa yang berlaku dan kerajaan mana yang benar-benar berusaha untuk mereka.

“Kita tak promosi diri, kita berkerja untuk rakyat, tapi kita tak uar-uarkan berbanding pembangkang yang hanya bercakap tapi tak tunaikan, ‘ambil nama’ pula atas projek kerajaan,” katanya.

Menurut Mukhriz dakwaan kerajaan negeri bahawa mereka berjaya membawa jumlah pelaburan tertinggi dari luar ke Kedah sepanjang memerintah berbanding pelaburan terkumpul yang dibuat oleh BN sebelum ini di dalam buku setebal 48 muka surat tersebut juga tidak berasas.

Beliau menjelaskan usaha menarik keyakinan pelabur ke negeri Kedah terutama di Kulim Hi-tech Park telah lama diusahakan BN dan kerajaan negeri hanya menumpang nama sempena kejayaan tersebut. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: