PM Lawat Kelantan Esok

AMIRUL HAFIZ :

imagesKOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah mansor akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Kelantan esok (Jumaat).

Beliau dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di sini pada pukul 9 pagi sebelum bertolak ke Kuala Krai bagi memulakan program pertamanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.

Najib kemudiannya akan ke Tanah Merah bagi memenuhi majlis yang sama pada pukul 3 petang. Sebelum itu beliau akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Batu 11, Tanah Merah.

Pada sebelah petangnya Perdana Menteri dijadual akan merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wakaf Mek Zainab, dekat sini.

PPR adalah antara satu daripada tujuh janji yang diumumkan Perdana Menteri semasa sesi lawatannya ke negeri ini pada Januari lalu.

Sebelum mengakhiri lawatannya, Perdana Menteri bersama isteri akan menghadiri program Himpunan Anak-anak Seni Negeri Kelantan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, (JKKN) Negeri Kelantan pada pukul 9 malam.

Beliau dijangka berlepas ke ibu negara pada pukul 11 malam.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: