PM Rasmi Pecah Tanah PPR Esok

AMIRUL HAFIZ :

DCRK 22 (24)KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual akan merasmikan majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sempena lawatan kerja seharinya ke negeri ini Jumaat ini.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, perasmian tersebut akan berlangsung di tapak projek tersebut di kampung Raja Udang, Wakaf Mek Zainab di sini pada pukul 5 petang.

Katanya, PPR adalah antara satu daripada tujuh janji yang diumumkan Perdana Menteri semasa sesi lawatannya ke negeri ini pada Januari lalu.

“Ini membuktikan Kerajaan Persekutuan tidak bercakap kosong, bila berjanji akan ditepati. Dan kita lihat ini berlaku hanya dalam masa dua bulan selepas ia diumumkan,” katanya.

Najib semasa melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu pada 20 Jan lalu, mengumumkan tujuh projek besar untuk memajukan Kelantan.

Antara janji itu adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, membina masjid terbesar yang bakal menjadi ikon di negeri ini, stadium baharu, 3,000 unit perumahan rakyat dan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu.

Tambahnya, borang permohonan boleh didapati pada hari pecah tanah tersebut dan ia terbuka kepada mereka yang berpendapatan rendah tanpa mengira apa bangsa atau fahaman politik.

Mohamad Fatmi berkata, PPR sememangnya menjadi idaman hampir seluruh rakyat negeri ini terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Ini kerana katanya, kemudahan tersebut tidak pernah disediakan oleh kerajaan Pas Kelantan walaupun diberi peluang memerintah selama 22 tahun.

“Sepatutnya PPR ini dilaksanakan oleh kerajaan negeri tetapi ia tidak pernah berlaku sebaliknya kerajaan itu hanya pandai menjual tanah kepada pemaju untuk dibuat kondo yang sudah semestinya tidak mampu dimiliki oleh rakyat,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: