RTM Nafi Dikir Barat Alat Kempen Kerajaan Menjelang PRU13

imagesKOTA BHARU – Radio Televisyen Malaysia (RTM) menolak dakwaan sesetengah pihak yang beranggapan penganjuran pertandingan dikir barat oleh RTM sebagai alat kerajaan untuk berkempen dan memancing undi menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Pengarah Penyiaran Kelantan Datuk Sayuti Mokhtar berkata dikir barat yang semakin popular dalam kalangan masyarakat diilham dan disampaikan melalui seni yang dimiliki rakyat.

“Seni dikir barat bukan satu paksaan dan ia membawa unsur-unsur yang boleh menyedarkan masyarakat untuk mencari kehidupan yang lebih baik,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan cek kepada pemenang pertandingan akhir Dikir Barat Kebangsaan 2012 di sini hari ini.

Pada majlis itu, Kumpulan Sri Tanjung Kuala dari Pantai Sabak, yang dinobatkan sebagai johan pada pertandingan Dikir Barat Ekstravaganza anjuran RTM, pada 24 Feb lalu, menerima cek bernilai RM40,000.

Manakala naib juara iaitu Kumpulan Sri Istana, Giat Mara Tumpat menerima cek bernilai RM30,000.

Bagi kategori Juara Terbaik disandang Ramlee Mat, juga dikenali sebagai ‘Ramli Raja Laut’ daripada Kumpulan Sri Tanjung Kuala, menerima cek bernilai RM5,000, manakala Azahar Yaacob atau ‘Kohar Teknik’ yang dinobat sebagai Tukang Karut Terbaik, juga menerima cek bernilai RM5,000.

Penyerahan cek disampaikan anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas Datuk Alwi Che Mat.

Pada pertandingan yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 tersebut, kedua-dua pasukan diberi tajuk ‘Wang’ pada pusingan pertama, manakala pertandingan pusingan kedua bertajuk ‘Kahwin Awal Lebih Baik Daripada Kahwin Lewat’.

Pertandingan Dikir Barat peringkat kebangsaan itu dianjurkan sejak 1993 dan bermula 2010, pertandingan tersebut telah dijadikan acara dwitahunan.

Pada pertandingan kali ini, ia mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya Kelantan dipilih sebagai lokasi siaran langsung. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: