KM Jujur Sertai Ops Daulat

imagePASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menghantar kapal KM Jujur dengan kekuatan 37 anggota termasuk sembilan pegawai ke Lahad Datu, Sabah, kelmarin bagi menyertai Ops Daulat.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Kelantan, Kepten Maritim Wan Burhanuddin Jusoh berkata, penyertaan anggota APPM yang diketuai Pegawai Memerintah KM Jujur, Leftenan Komander Maritim Nor Hafizi Mohd Rafek itu sebagai membantu melindungi negara daripada ancaman penceroboh.

“Saya mengingatkan kesemua anggota supaya menunjukkan komitmen tinggi dan tidak berbelah bagi dalam menjayakan misi ini.

“Kita mesti memastikan kedaulatan negara dan keselamatan negara khususnya di perairan terpelihara daripada sebarang pencerobohan dan ancaman pengganas,” katanya.

Suasana pilu menyelubungi Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Ops Daulat KM Jujur Ke Lahad Datu apabila keluarga anggota hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada wira-wira negara.

Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Maritim Kelantan, Shukri Ibrahim mewakili Wan Burhanuddin menyerahkan Jalur Gemilang kepada Nor Hafizi.

Wan Burhanuddin berkata, turut berada di Jeti Operasi APMM ialah penghuni Madrasah Tahfiz Ahsanul Ulum dan warga Sekolah Kebangsaan Tok Bali.

Katanya, keluarga diminta bersabar kerana pemergian anggota merupakan perjuangan murni untuk kesejahteraan negara. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: