Mukhriz: Tolak Pihak Dakwa Peristiwa Lahad Datu Sandiwara

imagesSIK – Rakyat perlu melihat peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sebagai usaha menggugat keselamatan serta kedaulatan negara dan menolak golongan yang mendakwa kejadian itu sebagai satu sandiwara.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata golongan itu sebaliknya disifatkan sebagai pengecut dan sikap berdiam diri pemimpin pembangkang terhadap kejadian itu amat mengelirukan.

Beliau berkata rakyat perlu menilai sikap golongan itu yang langsung tidak menghargai pengorbanan anggota polis dan tentera yang sedang bertempur dengan pengganas.

“Kekejaman yang dilakukan pengganas kepada anggota pasukan keselamatan yang percaya mereka hendak menyerah diri sebagai sikap pengecut sama dengan mereka yang mendakwa kejadian itu satu sandiwara,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian mini Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang ke-31 di kampung Keda Sungai Semiar, di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan, Mukhriz berkata kandungan buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ yang diedarkan kepada rakyat baru-baru ini adalah pembohongan oleh kerajaan Pas.

Mukhriz berkata lebih 90 peratus isi buku itu adalah pembohongan yang dilakukan kepimpinan Pas Kedah yang mendakwa mereka berjaya melakukan pelbagai pembangunan di negeri ini sejak mengambil alih pemerintahan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) lima tahun lalu.

“Saya berani kata 90 peratus isi kandungan buku itu pembohong kerana semua projek yang disebut dalam buku itu adalah diasaskan oleh kerajaan BN dahulu dan Pas hanya mengakui sahaja mereka yang buat” katanya.

Selepas majlis berkenaan, beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, turut menziarahi keluarga Insp Mohd Hasnal Jamil, 31, yang mengalami kecederaan ketika bertugas dalam kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu, di Felda Teloi Timur di sini.

Dalam kejadian itu anggota polis berkenaan mengalami kecederaan parah di perut akibat ditembak dan hampir putus tangan akibat ditetak dengan parang oleh pengganas.

Turut hadir Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) Datuk Mohd Arpan Shaari dan anggota Dewan Undangan Negeri Belantik Datuk Mohd Tajuddin Abdullah dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Sik, Mahathir Abd Hamid. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: